Home » » Jelajah 2 kampung: Kampung Teji dan Kampung Abu

Jelajah 2 kampung: Kampung Teji dan Kampung Abu

Written By JPY on Tuesday, June 29, 2010 | Tuesday, June 29, 2010

Cameron Highlands, Pahang- Seramai 38 orang pelajar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah berjaya membawa misi kemanusiaan ke kampung orang asli, Kampung Teji dan Kampung Abu. Kedua-dua kampung ini merupakan kampung angkat kepada Kelab Penggiat Pemabngunan Masyarakat Orang Asli (COMRADE) UIAM. 

Menurut Mohd Nazli Zaik, 23, Pengarah Program "Islamic Practical Teaching for Orang Asli" (IPTA), program pada kali ini membawa misi yang berbeza daripada sebelum ini. Misi yang berobjektifkan penyatuan kedua-dua kampung dan menerapkan semangat perpaduan 1 Malaysia berjaya juga di laksanakan.

"Alhamdulillah, setelah kami berusaha dan berikhtiar kami berjaya juga membawa kedua-dua kampung untuk duduk bersama serta melakukan aktitiviti bersama-sama," katanya lagi.

Sarah Yasin, 23, penolong pengarah program pula berkata bahawa program kali ini juga berteraskan kajian demi pembangunan sosiobudaya, pendidikan dan juga keagamaan. Pelbagai aktiviti di jalankan yang mana kebanyakannya bermodulkan fardhu ain bagi menguatkan lagi pemahaman mereka di dalam agama Islam.

"Memang seronok apabila orang kampung berusaha untuk mengingatkan beberapa doa dan juga surah. Mereka menunjukkan peningkatan di dalam pengamalan dan ini memagn menaikkan semangat kami untuk terus bersama mereka dan mengajar mereka," jelasnya lagi.

Menurut Batin Alin, Tok Batin Kampung Teji, program seumpama ini haruslah di jalankan dengan lebih banyak lagi. Rata-rata penduduk kampung memang sangat terharu dan merindui anak-anak angkat. Ini adalah kerana setakat ini masih belum ada organisasi yang ingin mengajarkan kepada mereka fardhu ain dan hal-hal keagamaan secara berterusan.

"Setakat ini memang anak-anak UIA lah yang selalu datang dan mengajar kami," luah Batin Alin.

Setiap kali pelajar-pelajar UIA memasuki kampung orang asli, mereka sudah pasti akan memperoleh kenangan yang sangat manis. Inilah yang berlaku kepada saudara Syafiq, merupakan salah seorang peserta yang bertuah kerana dapat mengislamkan adik angkat nya sendiri. Remaja yang berumur 15 tahun dan dikenali sebagai Asnizam akhirnya mengucapkan kalimah syahadah secara rasminya di hadapan Ustaz Faizul, Penggerak daripada Jakim.

"Saya sendiri merasa terharu serta menangis pada malam berkenaan. Ini adalah kali pertama saya mengislamkan seseorang, lebih-lebih lagi yang masuk Islam adalah adik angkat saya. Saya pada mulanya tergamam apabila Ustaz Faizul menyuruh saya untuk mengislamkan Asnizam. Memang saya terharu dan saya takkan dapat lupakan sampai bila-bila," luah Syafiq lagi sambil menyapu air matanya yang kembali bergenang mengingatkan saat manisnya itu.

Manakala ustaz Faizul, Penggerak Jakim yang menjaga Kampung Sg Ruil mengakui bahawa Comrade adalah kelab yang banyak memasuki kawasan Cameron Highlands. Pada 3 tahun yang dulu, beliau juga yang membantu pelajar-pelajar ini memasuki kampung-kampung di pedalaman Cameron.

Pengislaman Orang Asli bukan merupakan satu fenomena baru buat Comrade kerana sebelum ini di kampung yang sama, terdapat 5 orang penduduk yang melafazkan kalimah syahadah. Menurut Saffuan Sahat, 23, pelajar Kejuruteraan tahun 3, apabila ada orang kampung yang ingin masuk Islam, dia dan kawan-kawan akan berusaha memanggil Ustaz atau penggerak bagi tujuan menjaminkan kemasukan mereka ke dalam agama Islam. Tambahnya lagi, proses syahadah ini memang satu proses yang menjadi harapan buat semua peserta untuk melihatnya.

"Saya beranggapan juga ini adalah rezeki anak-anak angkat UIA kerana dapat mengislamkan serta menyaksikan proses kemasukan orang asli memeluk agama Islam," tambahnya lagi selaku Presiden kepada Kelab Comrade UIAM ini. 
Share this article :

Post a Comment