Genting Highlands, Pahang- Bermula dari 23 Julai 2010 dan berakhir pada 25 Julai 2010, Hotel Seri Malaysia menyaksikan seramai 42 orang pelajar UIAM beserta 4 kakitangan UIAM berkumpul mewakili kelab-kelab di bawah naungan Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE) UIAM. Pelajar-pelajar ini berkumpul bagi membincangkan perihal 'manual handbook' kelab masing-masing.
Peserta Bengkel Perancangan Strategik CENSERVE bersama-sama pegawai-pegawai Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE) UIAM bergambar kenangan di depan Hoel Seri Malaysia
Buku panduan kelab ini adalah langkah pertama Ketua CENSERVE iaitu Puan Martinelli Hashim bagi menerapkan sistem pengurusan yang lebih terancang di dalam kesemua 13 kelab yang ada sekarang ini. Kesedaran ini hadir setelah Unit Khidmat Masyarakat dinaik taraf menjadi Pusat CENSERVE yang memerlukan peningkatan, baik dari persembahan kelab mahupun pengurusan kelab.
Di sana, para pelajar dikongsikan dengan cara-cara membuat perancangan melalui teknik 'Balanced Scorecard (BSC)". Dengan BSC, kelab-kelab ini akan dapat mengukur tahap pencapaian mereka setahun demi setahun.Bukan itu sahaja, menurut Puan Martinelli Hashim lagi, setiap ukuran yang di buat serta dianilisis akan membuahkan hasil yang lebih tepat serta membantu perjalanan kelab menjadi lebih baik.
Puan Martinelli Hashim menerangkan sesuatu mengenai 'Club Manual Handbook' kepada wakil-wakil kelab Censerve
"Memang kita mahukan mereka (Kelab-kelab CENSERVE) berjalan seiring dengan pusat. Kita bukan sahaja mahukan pencapaian CENSERVE dinilai serta dibanggakan oleh universiti, malah kami juga mahukan agar kelab-kelab kami ini turut berjaya memahatkan nama mereka sebagai orang yang berjasa kepada universiti," tambah beliau lagi.
Berbalik kepada buku panduan kelab pula, para pelajar ini turut diajar serta diberi masa untuk menyiapkannya bermula daripada bengkel ini lagi. Encik Mohd Khairulzain Abd Rahman, Penolong Pengarah CENSERVE pula berkata bahawa buku panduan ini adalah salah satu cara bagi mengelakkan kesilapan-kesilapan kecil dan besar berlaku di dalam program-program yang dijalankan oleh setiap kelab.
"Ini bukan sahaja membantu mereka daripada mengulang kesilapan yang sama contohnya prosedur-prosedur surat, kertas kerja dan sebagainya, malah juga dapat mewariskan kepada komiti-komiti baru mereka. Yang paling penting, kita mahukan pelajar-pelajar yang terlibat dengan program kami berjaya mendapat manfaat yang besar di samping menjadi da'e yang berkualiti," luah beliau dengan panjang lebar.
Tambahnya lagi kelab-kelab ini akan membentangkan draf pertama mereka pada hujung Ramadhan ini dan dijangka akan diterbitkan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Post a Comment