Home » » Pelbagai Cadangan Untuk Musim 2013

Pelbagai Cadangan Untuk Musim 2013

Written By JPY on Thursday, January 10, 2013 | Thursday, January 10, 2013

Musim atau tahun 2013 ini akan menjadi tarikh penting buat CENSERVE kerana kerajaan Malaysia sudah mengumumkan bahawa tahun 2013 adalah tahun Sukarelawan. CENSERVE yang juga sebuah pusat di bawah naungan universiti sudah pasti tidak akan terlepas dengan pelbagai agenda kerajaan atau kementerian pengajian tinggi memandangkan CENSERVE juga merupakan ahli tetap MASKUM (Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia).


Di sini, penulis tidak akan menulis sebarang cadangan, namun beberapa perkara telah dibangkitkan secara tidak rasmi. Dan, penulis yakin, ianya akan dibentangkan di dalam Bengkel Perancangan Strategik bersama semua perwakilan kelab di bawah naungan CENSERVE. Program komuniti atau khidmat masyarakat akan diperkemaskan lagi selain ianya menjadi agenda penting buat CENSERVE. Bukan menidakkan program dalaman, namun memandangkan rekod pada tahun 2012, program kepada komuniti hanya 40% berbanding 60% program diluar kumpulan sasar. Ianya merugikan CENSERVE dan juga impak kepada komuniti berkurangan sebanyak 10% berbanding bilangan program komuniti pada tahun 2011.

Maka, desas-desus untuk mengutamakan program ke luar kampus, menemui kumpulan sasar akan diperhalusi dan diperlebatkan berbanding program di dalam kampus. Namun begitu, pengumuman rasmi hanya akan dikeluarkan setelah segala cadangan-cadangan yang telah difikirkan oleh kakitangan CENSERVE dipersetujui oleh Ibu Martinelli Hashim, selaku Ketua CENSERVE. 


Pencapaian yang boleh dibanggakan pada tahun 2012 ini adalah, komitmen yang jitu daripada kesemua kelab dan tahap kompetitisi yang tinggi dalam penyelenggaraan program.Namun begitu, beberapa perkara seperti protokol, pengurusan program dan kemahiran komunikasi antara pimpinan dan ahli, pimpinan dan CENSERVE masih terdapat kelemahan. Beberapa pimpinan juga tidak banyak berurusan dengan Ketua CENSERVE dan juga kakitangan lain, melainkan dengan menghantar anak-anak buah untuk menguruskan program. Ini memungkinkan terdapat salah faham dan komitmen yang lebih berintegriti tidak mampu direalisasikan.

Mungkin ada beberapa perkara yang boleh menimbulkan persoalan semua pihak terutamanya pihak pimpinan kelab, namun percayalah, keputusan-keputusan itu nanti adalah demi kebaikan bersama. CENSERVE mempunyai justifikasi yang lengkap, dan mungkin sedikit sebanyak perubahan yang akan dilakukan mampu untuk membawa CENSERVE ke satu tahap yang lebih tinggi, tahap yang mana kita tidak lagi dilabel sebagai 'INVINSIBLE' oleh sesetengah pihak. Oleh itu, bersedialah semua dengan perubahan ini, namun persoalannya, BERSEDIAKAH ANDA?
Share this article :

Post a Comment