Home » » Berpuasa Dengan Penduduk Teji, Abu, dan Slangkar

Berpuasa Dengan Penduduk Teji, Abu, dan Slangkar

Written By JPY on Tuesday, August 24, 2010 | Tuesday, August 24, 2010

Cameron Highlands, Pahang- Seramai 24 orang lepasan pelajar UIAM yang kini lebih dikenali sebagai Alumni kepada sebuah kelab yang aktif di bawah Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE) iaitu Kelab Penggiat Pembangunan Masyarakat  Orang Asli (COMRADE) berjaya menjalankan aktiviti Ihyaa Ramadhan di pedalaman Orang Asli bertempat di Kampung Teji, Abu dan Slangkar. Alumni ini bergerak aktif bermula dari tahun 2009 sehinggalah sekarang. Ahli-ahli yang aktif di dalam Comrade semasa di alam kampus akan secara automatik bergelar alumni setelah berjaya menghabiskan pembelajarannya di universiti.

Alumni Comrade bergambar kenangan sebelum
bergerak pulang

Bermula dari 21  sehingga 22 Ogos 2010, sebanyak empat buah kereta serta dua  van telah membawa peserta-peserta ini yang diketuai oleh saudara Muhammad Syukri, Mantan Presiden COMRADE sesi 2006/2007 bagi menyambung usaha dakwah dan penghayatan Ramadhan kepada penduduk Kampung Teji, Abu dan Slangkar. Ketiga-tiga kampung ini merupakan kampung angkat kepada COMRADE sejak 4 tahun yang lalu.

Menurut Saudari Nor Hafizan Nowawi, 25, Pegawai Tadbir Sekolah Swasta, program ini telah dirancang sejak sebelum Ramadhan lagi. 

"Setelah kami teliti jadual program Kelab Comrade, kami dapati Ihyaa kali ini berlangsung di Kampung Susu, maka kami selaku Alumni mengambil inisiatif untuk berpuasa di Kampung Teji, Abu dan Slangkar yang juga jiran kepada Kampung Susu. Ahamdulillah, kami berjaya mendapat sumbangan makanan serta kewangan daripada individu-individu yang sangat bermurah hati. Inilah dinamakan sebagai rezeki ramadhan." jelas beliau lagi.

Para peserta menyediakan juadah berbuka kepada
penduduk kampung
 Program Ihyaa Ramadhan ini berkonsepkan pendedahan intipati Ramadhan kepada penduduk kampung yang rata-ratanya masih kurang tahu akan hukum-hakam berkisarkan fardhu puasa.Para peserta ini juga telah disediakan modul tambahan berkenaan ibadah puasa ini bagi memudahkan serta menyeragamkan isi penyampaian kepada penduduk kampung.
Para peserta berbuka puasa bersama penduduk

Oleh kerana kumpulan target pada kali ini merupakan penduduk di ketiga-tiga buah kampung, maka peserta ini juga dibahagikan kepada tiga kumpulan. Namun begitu, waktu berbuka sahaja ketiga-tiga kampung ini bergabung manakala untuk ibadah terawih dan sesi fardhu ain lain dibuat secara berasingan. Ini bagi memudahkan penduduk kampung untuk melibatkan diri di dalam program.
Saudara Ridhuan membacakan cerita kepada kanak-kanak
Kampung Abu
 
Uniknya, program Ihyaa Ramadhan anjuran Alumni Comrade ini turut disertai oleh peserta daripada Jordan, Haji Mohamad yang merupakan pegawai sambilan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga turut melahirkan perasaan syukur serta memuji semangat anak-anak muda yang dimiliki oleh barisan Alumni Comrade pada kali ini.

Kelihatan haji Mohamad (kanan di belakang) menikmati
buah durian selepas solat sunat teraweh
 
"Saya sendiri tidak menyangka saya dapat menyertai kumpulan ini. Ini adalah takdir Allah yang mempertemukan saya dengan pemuda-pemudi Muslim yang hebat ini. Saya sendiri merasa malu kerana tidak dapat banyak membantu atas faktor komunikasi dan ketidakselesaan saya berada di tempat yang saya tidak biasa. Saya mengaku pada asalnya saya takut kerana lagak kampungnya dikelilingi hutan. Namun semangat merekalah yang membuatkan saya berani. Saya sangat mengucapkan terima kasih kepada kumpulan ini," terang beliau seolah terharu dengan peluang yang telah diberi.  
Slot Fardu Ain dan Soal-Jawab Puasa bersama
Ustaz Nik Azizu Abdullah
Program ini juga turut dihadiri oleh pegawai sambilan CENSERVE yang juga merupakan salah seorang Alumni Comrade. Beliau menakrifkan program ini sebagai projek Dakwah Comrade. Ini kerana sebelum ini, Kampung ini juga dijadikan pusat latihan Pemantapan akidah dan Rohani yang dianjurkan oleh Comrade selama tiga minggu berturut-turut.

Saudara Razali Sudin turut juga berkongsi ilmu kepada
penduduk Kampung Abu

"Saya merasakan Ihyaa Ramadhan kali ini banyaknya ke arah memantapkan lagi keyakinan mereka dengan ibadah ini. Saya sendiri menyedari bukan mudah untuk menahan lapar dan dahaga sambil melakukan kerja-kerja kampung yang sangat meletihkan.Jadi, kami mengambil insiatif ini untuk memberikan semangat kepada mereka dan berharap agar mereka dapat menyelesaikan misi Allah ini selama sebulan. Kami juga mengambil langkah ini untuk mengikuti perkembangan Islam di ketiga-tiga kampung angkat ini," luah saudara Razali Sudin @ Alias, 24, lepasan pelajar jurusan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam ini.

Saudari Aisyah (isteri kepada saudara Muhammad Syukri)
berpelukan dengan 'ibu-ibu mertua'nya di Kampung Abu

Share this article :

+ comments + 1 comments

August 27, 2010 at 7:39 AM

ehehe...aku rase aku tau sapekah si ::nurulQamar8six:: ni!?!
sempat plk anda mnemubual para pserta, lbh2 lg pserta jemputan tu ek?
bagush2...terus kan usaha~

Post a Comment