Home » » Ramadhan Susu dan Husin

Ramadhan Susu dan Husin

Written By JPY on Wednesday, August 18, 2010 | Wednesday, August 18, 2010

Assalamualaikum kepada semua pembaca sekalian. Apa khabar? Kru mengucapkan selamat menyambut Ramadhan buat semua pembaca terutamanya di kalangan pelajar-pelajar CENSERVE UIAM. Apa cerita ye minggu ini? Alhamdulillah, kru berjaya juga menemu bual seorang sukarelawan CENSERVE yang telah turun ke lapangan Orang Asli. Siapakah beliau? Beliau merupakan pelajar jurusan Ekonomi, dan juga merangkap pengarah program 'Ihyaa Ramadhan' di Kampung Susu. Cuba cerita sikit, kawan!


Halaqah agama bersama orang kampung
Alhamdulillah, pada minggu yang lalu, COMRADE berjaya memasuki dua buah kampung secara serentak. Satu kumpulan ke Kampung Susu, iaitu di bawah kendalian saya, manakala satu lagi kumpulan berjaya menjalankan misi 'Ramadhan Kareem' di Kampung Husin. Untuk pengetahuan semua, Kampung Susu terletak di bawah Cameron Highlands, manakala Kampung Husin pula di puncak Sg. Siput, Perak.

Apakah program yang di jalankan di sana?

Setiap program pasti ada 'nature' nya yang tersendiri. Bagi 'ihyaa ramadhan', kami lebih kepada pendedahan serta pemahaman apa itu Ramadhan. Bukan setakat itu sahaja, kami juga mengadakan kelas fardhu ain yang membincangkan perihal perkara-perkara yang membatalkan puasa. Orang Asli ni, kalau kita pandai melayan mereka, mereka pasti akan bertanyakan macam-macam tentang hal agama. Kami kadang-kadang terpaksa buka kitab semula tu.
Solat Teraweh juga turut dijalankan bersama-sama
dengan Orang Asli

Bagaimanakah penerimaan orang kampung di kedua-dua tempat?
Alhamdulillah, orang semai memang 'smile'. Peramah mereka tidak pernah luput dek zaman. Daripada mula-mula saya sertai kelab ini sehinggalah sekarang, sikap peramah mereka memang saya tabik. Walau bagaimana pun, ianya satu cabaran buat kami untuk mengekalkan kemesraan ini. Daripada hari pertama lagi mereka bersama-sama dengan program kami. Alhamdulillah.

Peserta Ihyaa Ramadhan bergambar kenangan
bersama orang kampung
Soalan terakhir saya, apakah harapan saudara bersempena Ramadhan yang mulia ini?

Pertamanya, saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana atas Nikmat yang Dia beri, kita berupaya untuk menjalankan ibadah puasa di tahun ini. Kita beruntung kerana masih diberi peluang untuk bersama-sama meraikan Ramadhan sedangkan ada saudara-saudara kita yang terpaksa meninggalkan kita buat selama-lamanya sehari sebelum puasa. Alangkah beruntungnya kita. Berkenaan Ramadhan, saya merasakan program COMRADE kali ini lebih ceria dan memberikan impak yang positif kepada peserta dan juga orang kampung. Kemesraan yang dijalinkan sejak sekian lama memang memudahkan program kami. Untuk pengetahuan semua, Orang Asli di Cameron Highlands cuma mengenali anak-anak UIA. Memang tapak kita di situ sudah berkurun lamanya. Harapan saya, agar jangan kita putuskan hubungan yang telah kita jalinkan bertahun-tahun dengan mereka. COMRADE bersejarah kerana adanya mad'u-mad'u (orang yang didakwahkan) seperti mereka. Cuma Allah sahaja yang mampu memberikan ganjaran yang tertinggi buat semua peserta-peserta yangs anggup berpuasa bersama dengan Orang Asli. Itus sahajalah yang mampu saya luahkan, salam Ramadhan, Wallahua'alam.
Saudara Reza (Berbaju Oren) bergambar bersama wakil
Pegawai Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE)
Kru mengucapkan terima kasih kepada saudara Reza Effendy Zainuddin (gambar), 23, Pengarah Program Ihyaa Ramadhan Kampung Susu, Cameron Highlands kerana sudi meluangkan masa untuk melayan soalan-soalan daripada kru Buletin Censerve. Sehingga kita berjumpa lagi! Salam Ramadhan, Salam Mubarak! Ha, jangan lupa untuk menyaksikan kenaikan 'Banner-banner' Ramadhan Censerve.
 
Share this article :

Post a Comment