Sg Rasau, Puchong- Seramai 26 pelajar UIAM daripada kelab Jalinan Mahasiswa bersama Masyarakat Orang Asli (Jasa) telah berjaya menganjurkan aktiviti kemasyarakatan bersama Orang Asli di Kampung Sg. Rasau, Puchong, Kuala Lumpur. Program ini di jalankan selama 3 hari 2 malam bermula dari 6 Ogos lagi dan berakhir pada 8 Ogos 2010.
Sebahagian penduduk yang hadir di Majlis Pembukaan Program
Menurut pengarah program 'Bond of Life', Nurmunirah Ramli, 21, program ini betepatan dengan judulnya iaitu 'Talian Kehidupan". Program ini berjaya mencapai objektifnya di mana rata-rata penduduk di sini dapat menerima kedatangan pelajar-pelajar ini.
"Memang kedatangan kami ini agak mengejut. Sebelum ini kami merancang untuk membuat program di Pulau Indah seperti tahun sebelum ini, namun selepas beberapa masalah teknikal serta informasi, kami beralih ke Sg Rasau," jelas beliau lagi.
Talian Kehidupan berjaya disemai oleh para pelajar UIAM
Menurutnya lagi, dengan penerimaan yang positif dari kalangan penduduk, ianya banyak membantu mereka berdakwah kepada kaum Orang Asli di sini. Program motivasi yang dianjurkan juga berjaya di terapkan ke dalam jiwa kanak-kanak di sana.
Penasihat kepada Kelab Jasa pula berpendapat program seperti ini harus ada perancangan yang lebih teliti serta teratur. Ini bagi memastikan setiap modul dan aktiviti berjalan dengan lancar. Malah, ianya juga mampu memberikan hasil yang cukup bagus, lebih-lebih lagi di dalam program dakwah seperti ini.
Barisan pelajar membuat program motivasi kepada kanak-kanak Orang Asli di penempatan ini
"Alhamdulillah, walaupun program dijalankan dengan mengejut, namun penerimaan penduduk memang melegakan hati saya. Saya akan memastikan setiap program harus ada induksi serta latihan kepada para peserta sebelum sesuatu program dapat di laksanakan. Begitu juga dengan 'post-mortem', saya memang mewajibkan anak-anak didik saya dapat menegenal pasti setiap kekuatan dan kelemahan di dalam setiap program," terang Encik Ali Haji Isa, Ekskutif Latihan dan Akademik (DBA) UIAM dengan panjang lebarnya.
Kenduri yang dijalankan juga berjaya dilakukan oleh barisan pelajar-pelajar ini
Setiap program yang ada permulaan pasti akan disusuli dengan pengakhiran dan perpisahan. Tanggal 8 Ogos, para pelajar-pelajar ini berangkat pulang dengan kenangan serta kepuasan mengikat talian kehidupan dengan saudara baru.
Post a Comment