LIKE OUR FACEBOOK

Follow Our Twitter

Contact Us

Centre for University Social Responsibility (CENSERVE) International Islamic University Malaysia Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur. Contact No: 03-6196 4109 Fax No: 03-6196 4039

Latest Post

Peluang Untuk Menyertai Lab Minda Keusahawanan

Written By JPY on Tuesday, May 28, 2013 | Tuesday, May 28, 2013


Ianya PERCUMA! Ini adalah tawaran istimewa yang diberikan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan UIAM buat 3 orang yang cepat mendaftar dengan CENSERVE hari ini.

Program yang dimaksudkan adalah Program LAB MINDA USAHAWAN. Ianya akan berlangsung di Hotel Seri Costa, Melaka pada 8-10 Jun 2013 ini. Peserta akan mendapat sijil serta ilmu untuk menjadi usahawan. Ianya akan disampaikan oleh barisan jurulatih-jurulatih EDC.

Jangan lupa untuk hubungi penulis cepat di : 013-6039495 (Razali Sudin)

Peluang ke Jepun Menerusi Program JENESYS 2.0 Pertukaran Pelajar

Written By CENSERVE on Wednesday, May 22, 2013 | Wednesday, May 22, 2013


 Program Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youth (Jenesys 2.0) merupakan program yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal peserta mengenai budaya negara Jepun di samping berkongsi kepakaran Jepun dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi, serta industri seni kreatif. Program Jenesys 2.0 ini juga adalah sebagai platform untuk sesi perkongsian ilmu dan membina jaringan di kalangan peserta-peserta ASEAN.

Untuk makluman, program ini telah dirancang untuk diadakan sebanyak 3 sesi. Sesi pertama telah berlangsung pada bulan Mac yang lepas dan seramai 9 orang peserta telah mengikuti program ini di Jepun. Sesi kedua dijangka akan diadakan pada 25 Mei 2013 hingga 2 Jun 2013 manakala sesi ketiga dijadualkan pada 22 Jun hingga 30 Jun 2013.

Kini ianya TERBUKA kepada semua mahasiswa yang berumur 22 tahun ke bawah. Ingat, hanya sesi ketiga sahaja yang tinggal. Makanya jangan lewat dan hanya pada minggu ini sahaja, permohonan akan dilayan.

Untuk info lanjutan, sila klik 'ICON' di bawah:

    Pengumuman Penting: Berhenti Guna Logo KPT

    Written By JPY on Tuesday, May 21, 2013 | Tuesday, May 21, 2013



    Maklumat yang baru diterima daripada Pejabat Perhubungan Awam UIAM pada pagi ini memberi arahan agar semua penggunaan logo KPT dihentikan. Menurut encik Roslan Rusly, Pegawai di Bahagian Korporat & Komunikasi UIAM ada menyatakan bahawa KPT mengeluarkan arahan kepada semua universiti dan institusi agar tidak menyalin, menggunakan serta membuat cetakan logo KPT di mana-mana program atau aktiviti sehinggalah KPT mengeluarkan kenyataan rasmi tidak lama lagi. Di bawah ini merupakan pengumuman daripada KPT berhubung dengan isu ini:

    As Salam dan Salam Sejahtera,

    Tuan/puan 

    Merujuk kepada pengabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, dimaklumkan bahawa sebarang penggunaan logo KPT adalah dengan ini dihentikan dalam sebarang aktiviti percetakan, publisiti dan promosi sehingga dimaklumkan secara rasmi kelak. 

    Sekian, untuk makluman dan tindakan.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

    “MENERAJU KEGEMILANGAN ILMU”

    AZWARNI HERNI BINTI CHE NOH (DIENY) PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
    UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    ARAS 3,NO 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
    62200 PUTRAJAYA

    COMRADE Menawan Bukit Tabur

    Written By JPY on Thursday, May 02, 2013 | Thursday, May 02, 2013


    Tanggal 1 Mei lalu menyaksikan Kelab COMRADE UIAM berjaya membawa ahli-ahli mereka menjejaki Bukit Tabur yang dikatakan sukar untuk ditawan. Kumpulan yang diketuai oleh saudara Afwan Razi ini berjaya membuktikan dengan semangat yang kental di samping kepercayaan yang tinggi kepada Allah, majoriti mereka berjaya menghabiskan perjalanan hingga ke puncak, dengan izin-Nya jua, alhamdulillah.

    Menurut Afwan Razi lagi yang juga selaku Presiden kelab ini, pengembaraan yang dilakukan bukan sekadar suka-suka, namun ianya menjadi ibadah seandainya kita memulakan niat untuk menghayati segala ciptaan Allah dan berusaha untuk mencari hikmah di sebalik perjalanan yang meletihkan ini. Perjalanan di mulakan sekitar jam 10 pagi lagi dan berakhir di puncak bukit pada pukul 2 petang. Pelbagai ragam berjaya dicuri oleh lensa kamera Amzar Salleh, dan video khas berjudul COMRADE, INI KALILAH berjaya disiapkan untuk tatapan semua.  


    Kg Tonggang Beri Kenangan Manis Buat COMRADE

    Written By JPY on Monday, April 22, 2013 | Monday, April 22, 2013


    Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah bertambah lagi satu kampung angkat COMRADE iaitu di Kampung Orang Asli Tonggang, Tanjung Rambutan, Perak. Jadi semakin luas tempat untuk kita menyebarkan ajaran Islam kepada orang asli ini. Tak sangka penerimaan penduduk kampung ini terhadap anak-anak uia sangatlah istimewa mesipun ini merupakan kali pertama kita ke sana. Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada committee mahupun participant Mahabbah Outreach to Kg. Tonggang. Andai ada salah serta silap sebelum semasa dan selepas program harap dimaafkan. Diharapkan jalinan kita sesama ahli COMRADE kan berpanjangan kerana cinta kepadaNya. insyaALLAH =)


    Tahniah di ucapkan kepada COMRADE. Semoga, kampung ini menjadi titik mula pengurusan COMRADE untuk menyusun balik modul dakwah kepada Orang Asli di samping mengeluarkan sebarang dokumentasi mengenai projek ini. 

    Kelainan LEADS Menguja dan Menginsafkan

    Written By JPY on Saturday, April 20, 2013 | Saturday, April 20, 2013

    LEADS 2013 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 14 Mac lalu berjaya mengumpulkan seramai 80 orang peserta yang terdiri dari pimpinan kelab, komiti dan ahli dari Gombak dan Kampus Kuantan. Program yang pada asalnya dinamakan sebagai McServe atau Management Course for Club's Strategic Planning kini beralih konsep dari hotel ke rimba. Dari selesa ke kehidupan yang kurang kemudahan, terutamanya kemudahan asas iaitu tandas.

    Tan Sri Presiden duduk bersama Pengarah CENSERVE dalam menyampaikan amanat beliau


    Program ini pada mulanya diinspirasi daripada idea Pengarah CENSERVE, iaitu Dato' Hamidon Abd. Hamid. Ini kerana, beliau pernah menganjurkan kem ibadah kepada seluruh kakitangan UIAM semasa beliau masih lagi diberi mandat mentadbir Masjid SHAS UIAM pada suatu ketika. Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin kepada diri sendiri serta kelab, penguasaan unsur spiritual dan ilmu kepimpinan harus selari, maka LEADS di putuskan dengan menggunakan modul leadership dan spiritual  serentak.

    Dato' Hamidon sedang memberi cadangan idea di dalam BSC kepada pembentang salah satu kelab

    Kem Penor. Tapak UIAM seluas 100 ekar ini menjadi tapak penyelidikan di bawah tanggungjawab UIAM sepenuhnya. INOCEM atau nama penuhnya Institute of Oceanography and Maritime Studies merupakan institut di bawah Kuliyyah Sains di mana pengkhususan Bio Technology (Marin) di perkenalkan. Tidak jauh dari institut ini, satu kawasan lapang yang cantik dikelilingi oleh belukar dan deruan pantai yang berdekatan menjadi pusat perkhemahan dan aktiviti LEADS 2013.

    Tekun barisan memasak kita menyediakan juadah


    Di sebelah siang, merekalah singa, manakala di sebelah malam pula, mereka lah para pendeta pemikir berjiwa ummah. Siang dihiasi dengan pelbagai aktiviti fizikal serta mental di mana para peserta berusaha untuk menyiapakn BSC (Balance Scorecard) manakala di sebelah malamnya dipenuhi dengan ceramah ilmu, solat tahajud dan tadabbur. Para penceramah pula adalah mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing, iaitu Puan Aminah, kakitangan CSQA UIAM, Ustaz Asfandiyar, Ustaz Shahrul, Ustaz Idrus dan Ustaz Salahudin dari Masjid SHAS UIAM.


    Ustaz Shahrul semangat memberikan tazkirah kepada peserta

    Ketidak selesaan peserta di dalam perihal kebersihan diri dan tempat tinggal adalah ujian yang sengaja diadakan. Ujian menjadi pemimpin sebenarnya lebih 'dahsyat' dari jamban buatan sendiri serta khemah yang 'panas'. Maka, bagi penulis, di sini lah tahap keupayaan kemahiran kepimpinan diri teruji sekaligus membuka minda kita agar jangan terlalu selesa dengan status yang ada. Menjadi pemimpin bukan untuk bermegah namun untuk beramanah. Ujian membawa amanah adalah lebih teruk dari membuang hajat di 'toilet' kecil, berdindingkan banner kelab dan program.




    Sekiranya ada yang tidak selesa itu, maka objektif kami untuk menyediakan penempatan yang kurang selesa berjaya di samping perjalanan program yang turut mendapat respon positif. Alhamdulillah. Oleh kerana pertama kali CENSERVE menganjurkan program ala-ala perkhemahan, maka sudah pasti akan ada kekurangan dan sebagainya. CENSERVE memohon maaf seandainya ada kesilapan dan kami juga perlukan idea anda untuk penambahbaikan program. Kredit kami tujukan juga kepada barisan komiti yang terdiri daripada CPD, Masjid serta sukarelawan kerana kalian begitu membantu kelancaran program kita kali ini. Terharu dan hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Nantikan artikel-artikel LEADS yang lain, sudah pasti sudut penceritaannya berbeza.  


    Gambar kenangan peserta bersama Tan Sri Presiden UIAM & Puan Sri

    QYC Dekati Yogjakarta, Indonesia

    Written By CENSERVE on Sunday, April 07, 2013 | Sunday, April 07, 2013


    Pada 20-27 Januari 2013, seramai 18 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mewakili Quranic Youth Club (QYC) telah menjalankan program khidmat masyarakat di Yogyakarta, Indonesia. Kami diiringi oleh penasihat QYC, Dr Tajul Aris bin Ahmad Bustami sepanjang keberadaan kami di bumi Yogyakarta. Kami telah ke sebuah pesantren di Gunung Kidul yang bernama Madrasah Al-Hikmah. Madrasah Al-Hikmah menempatkan pelajar-pelajar dalam lingkungan 12-17 tahun dan pembelajaran di madrasah ini adalah percuma. Guru Besar madrasah, Ustaz Harun Ar-Rasyid sangat gembira menerima kedatangan kami mahasiswa dari Malaysia. Keadaan di madrasah yang sangat serba kekurangan menyebakan kami telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan semampu yang boleh kepada pihak madrasah. 



    Pelbagai aktiviti yang telah kami adakan di madrasah bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan pelajar serta guru-guru di Al-Hikmah. Kegembiraan serta ukhuwah yang terjalin juga merupakan salah satu sumbangan yang dapat kami berikan. Kami sebagai wakil dari QYC telah memberikan sumbangan berupa keperluan asas kepada penduduk sekitar Madrasah Al-Hikmah seperti beras, mee, kicap, gula dan sebagainya. Kepada pihak madrasah, kami bersetuju untuk menyumbangkan tenaga untuk mengajar pelajar-pelajar madrasah subjek Bahasa Inggeris kerana mereka kurang arif dalam subjek tersebut. Kami juga membeli beberapa buah buku latihan serta kamus untuk disumbangkan kepada pihak sekolah. Dengan adanya buku-buku serta kamus tambahan ini, proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah.


    Selain itu, kami bersepakat untuk membeli sebuah rak buku yang berkualiti untuk diletakkan di perpustakaan Madrasah Al-Hikmah. Rak ini bertujuan menyusun buku-buku supaya memudahkan urusan mereka untuk membuat sebarang rujukan. Tidak dilupakan juga, kami telah membuat mural pada dinding bangunan sekolah sebagai tanda ingatan kami pada sekolah. Pihak sekolah memberikan komitmen serta layanan yang baik pada mahasiswa Malaysia. Semoga program khidmat masyarakat ini tidak terhenti di sini sahaja. Semoga lebih ramai lagi yang akan menghulurkan bantuan pada mereka. Semoga khidmat masyarakat ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara 2 buah negara. Sebagai saudara seislam, sepatutnya kita membantu mereka untuk menuntut ilmu. Ustaz Harun Ar-Rasyid berharap supaya kami, mahasiswa dari Malaysia dapat memberikan biasiswa kepada pelajar Madrasah Al-Hikmah yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran mereka. InsyaALLAH.

    -artikel ini dikarang oleh QYC-

    Aturcara LEADS 2013



    Day 1 (12 April 2013/Friday)

    9.30 a.m.
    Depart to Penor, Pekan, Pahang
    1.00 p.m.
    Solat Jumaat & Jama’ (Asr)
    2.30 p.m
    Lunch & continue journey
    4.00 p.m.
    Arrive at Penor & Setting up tents
    5.30 p.m.
    Ice Breaking
    6.30 p.m.
    Dinner
    7.00 p.m.
    Self Preparation, Salawat & Zikr
    Solat Jama’ (Maghrib & Isya’)
    8.30 p.m.
    Session 1:
    Talk: IIUM as Premier Global Islamic University
    by Dato’ Hamidon Abdul Hamid
    10.30 p.m.
    Supper
    11.00 p.m.
    Sleep

    Day 2 (13 April 2013/Saturday)

    4.00 a.m.
    Qiyam: Tadabbur Al Waqiah,
    Tahajjud & Witr,
    Zikr & Salawat
    6.00 a.m.
    Solat Subh
    6.20 a.m.
    Tazkirah by SHAS Religious Officer
    7.00 a.m.
    Morning Execise
    7.30 a.m.
    Breakfast
    8.30 a.m.
    Session 2:
    Outdoor Activity: Lesson in Tawakkal – “Fish Netting”
    12.30 p.m.
    Opening Ceremony
    VIP: Datuk Dr. Mizan Hitam
            Deputy Rector, (Student Affairs), IIUM
    1.00 p.m.
    Lunch, Salawat, Zikr & Solat Jama’ (Zuhr & Asr)
    2.30 p.m.
    Session 3:
    Talk: Understanding of CENSERVE Scorecard
    By: Sr. Aminah Kostor  
    4.30 p.m.
    Afternoon Tea-Break
    5.00 p.m.
    Session 4:
    Sharing on Policies & Procedures of Student Activities
    By: Senior Assistant Director, CENSERVE
    5.30 p.m.
    Group Discussion I: Writing Club Scorecard
    6.30 p.m.
    Dinner
    7.00 p.m.
    Self Preparation, Salawat, Zikr & Solat Jama’ (Maghrib & Isha’)
    8.30 p.m.
    Session 5:
    Video Show: Harun Yahya
    10.00 p.m.
    Group Discussion II: Writing Club Scorecard
    11.00 p.m.
    Supper
    11.30 p.m.
    Session 6:
    Nightwalk


    Day 3 (14 April 2013/Sunday)
                                                                                                    
    4.00 a.m.
    Qiyam: Tadabbur Al Waqiah,
    Tahajjud & Witr,
    Zikr & Salawat
    6.00 a.m.
    Solat Subh
    6.20 a.m.
    Tazkirah by SHAS Religious Officer
    7.00 a.m.
    Uzlah & Tadabbur
    7.30 a.m.
    Breakfast
    8.30 a.m.
    Session 7:
    Presentation of Club Scorecard
    10.30 a.m.
    Morning Tea-Break
    11.00 a.m.
    Session 8:
    Talk: Integrity & Excellence
    By: Tan Sri Mohd Sidek Bin Hj. Hassan
    12.30 noon
    Session 8:
    Reflection
    by Director of CENSERVE
    1.00 p.m.
    Lunch, Salawat, Zikr & Solat Jama’ (Zuhr & Asr)
    2.00 p.m.
    Depart to IIUM



    Kepada semua kelab, sekiranya terdapat kemusykilan di mana-mana, silalah datang ke Pejabat CENSERVE untuk mendapatkan lanjutan penerangan. Semoga semua jelas dengan jadual ini. Anda juga dibolehkan untuk 'copy' serta printkan untuk kemudahan kelab masing-masing. Harap maklum.

    Pengunjung Buletin