Home » , » Kelainan LEADS Menguja dan Menginsafkan

Kelainan LEADS Menguja dan Menginsafkan

Written By JPY on Saturday, April 20, 2013 | Saturday, April 20, 2013

LEADS 2013 yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 14 Mac lalu berjaya mengumpulkan seramai 80 orang peserta yang terdiri dari pimpinan kelab, komiti dan ahli dari Gombak dan Kampus Kuantan. Program yang pada asalnya dinamakan sebagai McServe atau Management Course for Club's Strategic Planning kini beralih konsep dari hotel ke rimba. Dari selesa ke kehidupan yang kurang kemudahan, terutamanya kemudahan asas iaitu tandas.

Tan Sri Presiden duduk bersama Pengarah CENSERVE dalam menyampaikan amanat beliau


Program ini pada mulanya diinspirasi daripada idea Pengarah CENSERVE, iaitu Dato' Hamidon Abd. Hamid. Ini kerana, beliau pernah menganjurkan kem ibadah kepada seluruh kakitangan UIAM semasa beliau masih lagi diberi mandat mentadbir Masjid SHAS UIAM pada suatu ketika. Menurut beliau, sebagai seorang pemimpin kepada diri sendiri serta kelab, penguasaan unsur spiritual dan ilmu kepimpinan harus selari, maka LEADS di putuskan dengan menggunakan modul leadership dan spiritual  serentak.

Dato' Hamidon sedang memberi cadangan idea di dalam BSC kepada pembentang salah satu kelab

Kem Penor. Tapak UIAM seluas 100 ekar ini menjadi tapak penyelidikan di bawah tanggungjawab UIAM sepenuhnya. INOCEM atau nama penuhnya Institute of Oceanography and Maritime Studies merupakan institut di bawah Kuliyyah Sains di mana pengkhususan Bio Technology (Marin) di perkenalkan. Tidak jauh dari institut ini, satu kawasan lapang yang cantik dikelilingi oleh belukar dan deruan pantai yang berdekatan menjadi pusat perkhemahan dan aktiviti LEADS 2013.

Tekun barisan memasak kita menyediakan juadah


Di sebelah siang, merekalah singa, manakala di sebelah malam pula, mereka lah para pendeta pemikir berjiwa ummah. Siang dihiasi dengan pelbagai aktiviti fizikal serta mental di mana para peserta berusaha untuk menyiapakn BSC (Balance Scorecard) manakala di sebelah malamnya dipenuhi dengan ceramah ilmu, solat tahajud dan tadabbur. Para penceramah pula adalah mereka yang pakar di dalam bidang masing-masing, iaitu Puan Aminah, kakitangan CSQA UIAM, Ustaz Asfandiyar, Ustaz Shahrul, Ustaz Idrus dan Ustaz Salahudin dari Masjid SHAS UIAM.


Ustaz Shahrul semangat memberikan tazkirah kepada peserta

Ketidak selesaan peserta di dalam perihal kebersihan diri dan tempat tinggal adalah ujian yang sengaja diadakan. Ujian menjadi pemimpin sebenarnya lebih 'dahsyat' dari jamban buatan sendiri serta khemah yang 'panas'. Maka, bagi penulis, di sini lah tahap keupayaan kemahiran kepimpinan diri teruji sekaligus membuka minda kita agar jangan terlalu selesa dengan status yang ada. Menjadi pemimpin bukan untuk bermegah namun untuk beramanah. Ujian membawa amanah adalah lebih teruk dari membuang hajat di 'toilet' kecil, berdindingkan banner kelab dan program.




Sekiranya ada yang tidak selesa itu, maka objektif kami untuk menyediakan penempatan yang kurang selesa berjaya di samping perjalanan program yang turut mendapat respon positif. Alhamdulillah. Oleh kerana pertama kali CENSERVE menganjurkan program ala-ala perkhemahan, maka sudah pasti akan ada kekurangan dan sebagainya. CENSERVE memohon maaf seandainya ada kesilapan dan kami juga perlukan idea anda untuk penambahbaikan program. Kredit kami tujukan juga kepada barisan komiti yang terdiri daripada CPD, Masjid serta sukarelawan kerana kalian begitu membantu kelancaran program kita kali ini. Terharu dan hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Nantikan artikel-artikel LEADS yang lain, sudah pasti sudut penceritaannya berbeza.  


Gambar kenangan peserta bersama Tan Sri Presiden UIAM & Puan Sri

Share this article :

Post a Comment