Home » » 21 Januari Penentu Segalanya

21 Januari Penentu Segalanya

Written By JPY on Sunday, January 20, 2013 | Sunday, January 20, 2013

Penulis masih ingat lagi pada tarikh keramat 9 Januari 2010, penulis diterima bekerja di CENSERVE. Penulis masih ingat lagi bagaimana Abang Din datang dan cuba menanyakan tentang kesediaan penulis untuk menggantikan posisi Izzudin, rakan baik penulis yang juga mantan presiden kelab Inspire. 

Ibulah (Puan Martinelli) yang berusaha membawa penulis untuk berkhidmat dengan CENSERVE. Usaha dan idea ibulah juga, CENSERVE kian dikenali sehari demi sehari. Kelab-kelab mengenali apa itu BSC (Balance Scorecard) dan POA (plan of Action) yang hanya layak untuk difahami oleh mereka yang bekerjaya sepanjang di bawah bimbingan ibu. 



Idea ibu yang begitu dekat dengan keinginan remaja, maka tertubuhlah group di facebook yang sudah disertai seramai 1,090 orang CENSERVIANS. Penulis pula menjadi pemilik kepada facebook fan page CENSERVE IIUM yang kini berjaya mengumpul 'LIKERS' seramai 904 orang, jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Ibu jugalah yang menjadi nadi kepada Buletin CENSERVE dan Laman Web Rasmi CENSERVE di hosting UIAM. Banyak yang ibu usahakan, sehinggalah ibu mampu tersenyum lebar apabila ramai yang menelefon CENSERVE sejurus membaca dan mengenali CENSERVE melalui Laman Web CENSERVE.

Ibu seorang yang pantas mengesan apakah kehendak masyarakat. Oleh kerana itulah, maka tertubuhnya serta merta Kumpulan RESILIA yang mendukung Projek Remaja Suci dan Mulia dalam Agama. Projek ini berkembang pada tahun 2012 dan layak memegang trofi projek terbaik pada tahun itu. Sekolah-sekolah dan juga para pelajar sekolah begitu berminat dan jatuh cinta dengan UIAM, dengan hanya melalui pengalaman bersama Team RESILIA. 

Akhirnya, Ibu begitu berminat untuk membesarkan ruangan dakwah dengan hanya tidak fokus kepada dalam negara sahaja. Apa guna pelajar antarabangsa yang kita ada, jika konsep dakwah, mereka tidak mahu fahami dan aplikasi dalam kehidupan mereka? Ya, peluang ini diambil ibu untuk memperkenalkan CENSERVE kepada mereka, lantas mereka akan pulang berbakti kepada rakyat mereka sendiri. Maka terhasillah program motivasi pelajar-pelajar sekolah di Thailand, yang mana diusahakan oleh mahasiswa UIAM yang berasal daripada Thailand. Dan, dengar  kata, pada tahun 2013, IIUM World Serving Team bakal diwujudkan. Kertas kerja dari seorang mahasiswa Tajikistan sudah di tangan ibu. Insyaa Allah akan dijalankan projek tersebut di Tajikistan, tanah kelahiran mahasiswa tersebut.

Usaha ini harus disambung. Wajib diteruskan dengan sekadar kemampuan dan ruangan yang diberikan oleh pihak tertinggi universiti. Kini ibu, bukan lagi di CENSERVE, Perpindahan ibu mungkin menjadi satu tamparan hebat buat CENSERVE, namun apabila sudah dinamakan dakwah, maka ianya tidak akan terhenti begitu sahaja. UIAM harus tetap menjadi 'champion' dalam menghasilkan program-program komuniti yang berkualiti dan Da'e yang berjiwa besar.

Tepat 21 Januari, ibu akan berkhidmat di Research Management Centre (RMC), UIAM. Ibu tidak lagi menjadi Head, di Centre for University Social Responsibility. Namun, idea, konsep, pemahaman, semangat Ibu, tetap sebati di 'jiwa' CENSERVE. Apa yang harus dilakukan oleh kelab, team projek dan kakitangan CENSERVE adalah menyambung misi dan visi CENSERVE, iaitu From IIUM to the Hearts of the UMMAH!

Akhir kalam, Penulis mengucapkan berbanyak-banyak Terima kasih kepada Ibu Martinelli Hashim kerana memberikan peluang untuk sama-sama berkhidmat untuk ummah. Ketahuilah, CENSERVE sedia menunggu kepulangan ibu semula seandai masih ada ruang dan diizinkan Allah S.W.T.
Share this article :

Post a Comment