Home » » 2013: Permulaan CENSERVE Perlahan

2013: Permulaan CENSERVE Perlahan

Written By JPY on Tuesday, January 29, 2013 | Tuesday, January 29, 2013

Demi kesejahteraan CENSERVE dan kelab-kelab naungannya, maka para kakitangan memutuskan untuk tidak menerima sebarang program yang diadakan pada bulan dua ini. Audit berlangsung sejak minggu yang lalu dan akan berakhir pada minggu kedua dalam Februari. Pada dasarnya, audit ini adalah untuk memastikan penyelengaraan kewangan serta prosedur program 'Heroes Conference' betul-betul di bawah perhatian CENSERVE atau tidak, namun kini, para staf tetap juga 'mengaudit' sendiri program-program yang lain, kerana bimbang ada kelab yang tidak menghantar laporan kewangan atau laporan program bagi tahun 2012.



Bukan sahaja atas faktor waktu audit, maka program tidak dapat dijalankan, staf juga mengambil kira faktor ketiadaan ketua/pengarah yang menggantikan tempat Ibu Martinelli. Ini menyebabkan proses biasa mengeluarkan surat kebenaran program terganggu. Di samping itu juga, staf CENSERVE sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pihak Jabatan Kewangan UIAM bagi mempercepatkan proses pengeluaran tunggakan duit CENSERVE (Kelab-kelab yang ada menggunakan duit sendiri, duit kelab serta yuran ahli) terlebih dahulu sebelum kembali aktif berprogram. 

Di sini penulis senaraikan nama-nama program yang harus diambil balik, dan boleh ditanngguhkan kalau perlu. Pihak CENSERVE tidak akan menghalang mana-mana kelab untuk melaksanakan program sendiri selagi ianya tidak membawa imej yang tidak baik kepada kelab, CENSERVE dan juga universiti. Antara kertas kerja yang tergantung di meja penulis (kerana faktor-faktor di atas):

  1. CENSERVE COMMEMORATION CEREMONY -Syura Team
  2. CARING OPEN BOOTH -Caring Club
  3. CARING TRAINING CAMP -Caring Club
  4. CARING FACI TRAINING CAMP -Caring Club
  5. SOCIETY OUTREACH PROJECT (Scout: Say No to Valentine) -Titian Wahyu
  6. VOLUNTEER INDUCTION 2013 -Titian Wahyu
  7. ZEROES: The Externally Cursed -HEROES Team
  8. WHEN MUSLIM WORK TOGETHER - HEROES Team
Semoga ada yang datang ke pejabat dan boleh hubungi staf CENSERVE  sekiranya ada persoalan.

Ini pula post dari en. Lotfi Amir di facebook CENSERVEIANS:

Assalamualaikum..Listen! listen! listen!.Perhatian kepada semua kelab,dukacita dimaklumkan bahawa semua program pada bulan 2 akan dibekukan untuk sementara waktu.pada mana-mana kelab yang telah menghantar kertas kerja,pihak CENSERVE terpaksa "hold" dulu untuk seketika..keputusan ini dibuat kerana,setelah diteliti kewangan semua kelab,kita masih mempunyai lebih kurang RM70 000 lagi yang masih belum di"reimburse" bagi program yang lepas. pihak CENSERVE amat memandang berat akan hal ini kerana proses ini melibat sejumlah wang yang besar.Tindakan membekukan program diambil bagi mengelakkan para pelajar mendahulukan duit poket masing-masing untuk menjalankan program.jadi langkah ini diambil bagi mengelakkan para pelajar menggunakan wang belanja untuk membiayai program yang telah dirancang pada masa hadapan.jika ada kelab yang berhajat untuk meneruskan juga program,pihak CENSERVE tiada halangan untuk meluluskan tapi *without budget.pihak CENSERVE ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku.diharap semua kelab bersabar dan menunggu pengumuman seterusnya.harap maklum.sebarang pertanyaan boleh berjumpa dengan En. Khairulzain. #from iium to the heart of the Ummah (^_^)
Share this article :

Post a Comment