Home » » Sambutan Pelajar Baru Meriah

Sambutan Pelajar Baru Meriah

Written By JPY on Monday, February 04, 2013 | Monday, February 04, 2013

"Nanti pada 2 Februari nanti, harap CENSERVE turut sama menyertai membuka booth di Main Auditorium, ya?" 

Begitulah agaknya ajakan Tuan Wari daripada Stadd setelah memikul tanggungjawab dalam mengendalikan sesi Ko-kurikulum kepada semua mahasiswa baru. En. Mohd Khairulzain selaku Penolong Pengarah CENSERVE bersetuju serta meminta bantuan Shura Team untuk bersama dengan kakitangan lain seperti Razali dan En. Zainudin menguruskan 'booth' CENSERVE nanti.



Tepat pada pukul 10 pagi, slot CENSERVE diberikan. Saudara Razali mengambil alih sesi tersebut dan terus menceritaka perihal khidmat masyarakat kepada semua mahasiswa baru. Ternyata semua puas hati, namun mungkin kerana sedikit waktu yang dierikan, maka sesi soal jawab tidak diberikan. Namun ada juga yang sanggup mengejar Razali sejurus selesai sesi tersebut untuk bertanyakan perihal aktiviti-aktiviti CENSERVE.



Dalam masa yang sama, booth CENSERVE turut dikunjungi ramai pelajar-pelajar baru. CENSERVE mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan kelab yang hadir memberikan sokongan dan bersama-sama menceritakan perihal aktiviti masing-masing.


Share this article :

Post a Comment