Home » » Kertas Kerja: Sila Teliti 'Grammar' Sebelum Hantar

Kertas Kerja: Sila Teliti 'Grammar' Sebelum Hantar

Written By JPY on Tuesday, March 05, 2013 | Tuesday, March 05, 2013

Baru dua hari, sudah ada beberapa kertas kerja yang dikembalikan untuk diperbaiki struktur ayat dan tatabahasanya. Kali ini, Dato' Hamidon selaku Pengarah CENSERVE begitu teliti untuk memastikan kualiti kertas kerja mahasiswa UIAM terus meningkat. Berikutan budaya 'copy-paste' yang begitu digemari oleh ramai pelajar, maka tindakan sebegini harus ada demi memastikan setiap daripada mahasiswa terutamanya yang bergelar 'CENSERVEIANS' mampu berdiri dengan kaki sendiri, terutamanya dalam membuat kertas kerja.

Di antara kesalahan ketara yang berlaku dalam kertas kerja adalah seperti berikut:

1- Di ruangan pendahuluan atau pengenalan projek/program, ramai yang suka mengambil pendahuluan kertas kerja yang lama (program yang sama sahaja dilakukan setiap tahun). Di sini, penulis menasihatkan agar setiap kelab ada seseorang yang dilantik khas untuk menilai kembali kertas kerja sebelum di hantar. Pastikan yang menilai bagus dalam penulisan Bahasa Inggeris.

2. Kesalahan ketara yang kedua adalah pengenalan Penceramah Jemputan. Mungkin sebelum ini, cara bekerja berbeza di mana sudah cukup mengenakan bidodata ringkas penceramah jemputan di ruangan khas di dalam kertas kerja. Namun, kali ini Pengarah CENSERVE cuba untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin berlaku sekiranya kita mengambil mudah dengan pembabitan penceramah jemputan. Oleh itu, sekiranya ada program yang mengetengahkan penceramah jemputan atau ahli panel forum jemputan, sila kepilkan sekali 'RESUME' penceramah selengkapnya. Kalian boleh dapatkannya dari penceramah tersebut.


3. Kesalahan yang tersalah pandang. Ramai rupanya yang konsisten melakukan kesalahan ini. Sila perhatikan ayat di bawah:

"May all the committee and participants will get taufiq and hidayah from Allah. Inshaa Allah."

Di dalam ayat di atas, kesalahan hanya pada inshaa Allah. Dato' ada menanyakan kepada khalayak semalam (4 Mac 2013), mengapa harus letak inshaa Allah pada doa kerana seakan-akan tidak pasti akan doa tersebut sama ada sampai atau tidak. Seelok-eloknya, ubahlah ia dengan meletakkan kalimah, ameen yang memberi erti yang lebih tepat iaitu semoga Allah makbulkan doa kita.

Kesalahan-kesalahan lain boleh di periksa dan sebahagian besarnya adalah kesalahan tatabahasa. sila periksa lagi ruangan latar belakang program (nature of programme), tentatif (agenda) dan mana-mana sisipan yang dirasakan perlu untuk dihantar.

Jawatan abang Khairulzain pula harus diperingatkan kepada semua rakan-rakan, iaitu bukan Penolong Pengarah (Assistant Director) tetapi Penolong Pengarah Kanan (Senior Assistant Director). Manakala jawatan Dato' Hamidon pula dalah sebagai Pengarah (Director) CENSERVE. Jadi jangan silap lagi ya, teman-teman?
Share this article :

Post a Comment