Home » » Kita Harus Bersatu!

Kita Harus Bersatu!

Written By JPY on Monday, March 04, 2013 | Monday, March 04, 2013

 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Al-Hujuraat 49:12)
Sebagai seorang Muslim, sangatlah bijak untuk kita sama-sama bermuafakat dalam melahirkan sesuatu program yang hebat dan mampu memberikan impak kepada mad'u (kumpulan sasar) kita. Bagi merealisasikan matlamat kita ini, ada syarat-syarat yang harus kita semua persetujui iaitu jangan malu untuk memberikan pendapat dan jangan segan untuk mengatakan tidak setuju seandainya tahu akan solusi lain yang lebih berkesan.
Di dalam satu keluarga, kita ibarat adik-beradik yang berlainan ibu dan bapa. Pergaulan kita terbatas kerana mematuhi syariat dan sayangkan agama, namun perkara ringan lain pula yang berlaku. Perkara ringan yang penulis maksudkan ini adalah bercakap belakang, mengumpat dan menyebarkan aib orang. Dalam organisasi, perkara ini wajib dielakkan.
 
Bagaimana pula dengan satu lagi situasi di mana kita tidak bersetuju dengan beberapa pendapat? Ini bukanlah kes mengumpat namun ianya boleh terjerumus ke  dalam situasi itu seandainya kita tidak menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan sebarang pendapat yang berlawanan kerana dibimbangi ianya menyebabkan perpecahan di antara kita. Maka eloklah untuk kita belajar memahami erti berterus terang mulai sekarang.
 
Untuk berterus terang ini memerlukan keberanian. Namun jangan pula kita membabi buta berterus terang tanpa melihat situasi dan dalam keadaan yang sangat beremosi. Berbincang dalam berterus terang lebih baik daripada menyembur dengan kata-kata kesat. Dan lagi elok seandainya dikepilkan sekali dengan alasan atau cadangan penambah baikan dari pihak yang tidak bersetuju. Insya Allah, seandainya amalan ini diamalkan dalam keluarga CENSERVE, maka tidak akan berlaku penentangan dengan emosi, pemboikotan dalam diam serta perpecahan di antara kelab dengan kelab dan juga Shura Team.
 
Akhir kalam, hayatilah kalam Allah di dalam surah al-Imran ayat 103 bermaksud:
"Berpegang teguhlah kamu dengan Tali ALLAH dan janganlah kamu berpecah belah. "
Share this article :

Post a Comment