Home » » Lagenda COMRADE di 1M4U, UiTM Puncak Alam

Lagenda COMRADE di 1M4U, UiTM Puncak Alam

Written By JPY on Wednesday, March 06, 2013 | Wednesday, March 06, 2013

Bangga apabila melihat censervians kita berjaya dan dipamerkan di khalayak. Walaupun beliau berjuang di kapasiti Universiti Ambassador (UA) cawangan UIAM, namun beliau berjaya membawa impak di setiap projek yang beliau jalankan. Beliau aktif di dalam kelab yang mengsasarkan golongan orang asli iaitu COMRADE dan kini aktif membantu Shura Team sebagai salah seorang shura CENSERVE Team. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Hadi Mustafa atau lebih dikenali sebagai Hadi. Berikut adalah temuramah ringkas bersama dengan beliau.


Soalan: Boleh beritahu nama penuh Hadi, dan ceritakan tentang diri Hadi?
Jawapan: Nama penuh saya Muhammad Hadi Mustafa. Saya lahir pada 31 May 1990. Saya bersekolah di SK Seri Delima, Jalan Ipoh, Batu 5, KL dan seterusnya menyambung sekolah menengah di SMK Seri Hartamas dan juga Sekolah Menengah Sains Selangor. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu dari 4 beradik.


 S: Hadi, bagaimana Hadi menyertai Universiti Ambassador (UA)? Yang mana dahulu Hadi sertai, COMRADE atau UA?
J: Sebenarnya, segala penglibatan dalam beraktiviti saya bermula semasa menjadi pelajar tahun pertama ( Bachelor of Quantity surveying,KAED) dan ketika diamanahkan oleh pensyarah  subjek measurement En Shamsul Hadi Bandi utk menjadi wakil kelas. Ketika itu, saya baru berusia 19 tahun dan merupakan antara pelajar termuda dalam kelas tersebut. Pada mulanya, kerja yg diamanahkan adalah lebih kepada memastikan keberkesanan pembelajaran ketika di dalam kelas. Antaranya adalah memastikan lukisan untuk diukur (sebagai latihan) sedia pada setiap kali kelas. Dari situ bermulalah satu tugasan yg tampak senang tp sangat mencabar kerana ianya melibatkan pengumpulan duit Photostat.


Pada mulanya, keadaan agak sukar kerana seperti ada masalah kerjasama, komunikasi dan indicidualistik yg bersarang dalam diri para pelajar. Namun segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana, pembelajran sepanjang semester berjalan dengan lancar. Tidak cukup dengan itu, kesan daripada menjadi wakil kelas subjek measurement yg juga merupakan ‘core’ kepada QS, saya juga terpaksa menjalankan tugas ‘representative’ bagi subjek2 lain. Tanggal 8 Februari 2010, merupakan tarikh keramat apabila saya dilantik melalui system undian oleh pelajar2 QS untuk menjadi Presiden untuk Quantity Surveying Students Society (QUEST) di bawah naungan Department of Quantity Surveying, KAED.Sejak itu, saya diberi sokongan penuh oleh rakan2 mainboard yg lain iaitu Ahmad Salimi Mohamat Noh (VP1), Nawwar Harliyana(VP2), Athirah Zailan, Amnah Md Saleh, Ainul Ashikin Shuhaimi, Nasibah Az-zahra Rusli, Muhammad Haniff Sazali, Abdul Munzir Zulkifli, Mohd Firdaus Zulkefle, Abdul Muhaimin Yunus, Zatil Sabrina Noor Azam, Wan Nur Ilyani Wan Abdul Razak, Shafinaz Amalina Zulkarnain, Nurul Dalila Zulkefle, Mohd Fadzil Salleh Mohd Rofie, dan Nellisa Abdul Razak. Kebanyakan mereka ini juga aktif berpersatuan dengan kelab COMRADE.


Pada tahun 2011, system organisasi pelajar di KAED iaitu Architecture and Environmental Student Society (Archimic) telah menjadikan presiden daripada setiap department sebagai Deputy Vice president secara automatic.  Ini telah menjadikan tanggungjawab saya menjadi lebih besar dan mencabar. Menyedari keadaan ini, saya merasakan bahawa ini merupakan satu ujian daripada Allah kerana pada ketika itu (2nd year ),sesungguhnya saya sangat ‘gentar’ untuk memegang amanah-amanah yg besar dan banyak.  Namun kesan tarbiyah dari Tuhan sekalian alam, segalanya berjalan lancar dan saya dapat rasakan begitu banyak yang saya pelajari dari segi pengurusan ketika aktif berpersatuan ketika di kuliyyah.  Berpersatuan di bawah payung kuliyyah merupakan satu pelajaran yang sangat bermakna dan tidak mungkin akan pernah saya kesali. Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Penglibatan saya bersama Community and Research for Orang Asli Development (COMRADE) yang bernaung di bawah CENSERVE bermula apabila seorang rakan kelas saya iaitu Najwa Izni Abd Hadi mengajak  saya untuk mendalami kehidupan masyarakat Orang Asli pada 19- 24 April 2011 di Kampung Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan. Pada mulanya, saya berasa amat keberatan kerana tidak pernah terlintas langsung di benak fikiran saya untuk berkampung selama seminggu di kampung orang asli. Namun, setelah berpakat-pakat dengan beberapa orang sahabat , kami bersetuju untuk mencuba pengalamn baru tersebut.

Pengalaman di kampung Pos Lebir merupakan satu pengalaman yang paling berharga dalam hidup saya kini kerana di situlah bermulanya pengibatan saya bersama sebuah kelab yang mampu untuk mengajar serba sedikit tentang kehidupan.  Di kampung tersebut, terdapat ramai orang Asli sudah beragama Islam yang sudah diajari syahadah oleh pegawai2  JAKOA, namun yang sangat menyedihkan adalah mereka tidak mampu untuk mempraktikkan tuntutan-tuntutan islam seperti bersolat, berpuasa dan sebagainya. Ini adalah kerana  atas factor tenaga pengajar. Di pos lebir, terdapat 2 buah kampung dengan anggaran seramai 800 orang penduduk, namun hanya terdapat seorang ustaz penggerak.


Cuba bayangkan bagaimana kesusahan dan cabaran ustaz tersebut untuk mengajar  dan mengajak masyarakat orang asli tersebut yang ada sebilangan masih mengamalkan adat-adat nenek moyang mereka. Tambahan pula, kaum Asli yang terdapat di Pos Lebir adalah terdiri daripada etnik Bateq. Difahamkan bahawa etnik ini merupakan etnik yang paling rendah dalam kasta orang asli dan kesan daripada itu, mereka hidup dalam keadaan yang sangat rendah keyakinan dirinya. Ini telah membantutkan cara kehidupan mereka. Ada juga daripada mereka yang terpaksa kais pagi, makan pagi , kais petang, makan petang kerana kesempitan hidup.

Dari segi pendidikan anak-anak mereka,ianya adalah  juga sangat mencabar kerana mereka merupakan kanak2 yg sgt hyperactive. Guru-guru di sekolah mereka seolah2 sudah berputus asa kerana tidak boleh mengawal mereka lagi. Mungkin ada impaknya dari segi pekeliling yang tidak membenarkan guru merotan murid-murid sebagai medium teguran lagi. Keadaan yang berlaku membuka minda saya lagi di mana ada seorang ‘apak’ (golongan bapa’) menunjukkan minat untuk mendalami ajaran Islam. Segala puji bagi Allah, program itu merupakan pembuka mata hati saya selama ini dikaburi oleh poya-poya kehidupan di ibukota. Benarlah firman Allah dalam surah Ar Rahman yang diulang-ulang sebagai peringatan  sebanyak 31 kali.

Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu hendak kamu dustakan??”  

Sesungguhnya, tiada satu pun nikmat Mu yang boleh aku dustakan Ya Rabbalalamin.

Pengalaman dipilih sebagai Univeristy Ambassador (UA) bermula apabila saya mendapat panggilan daripada Office Of Deputy Dean Students Affairs KAED dan meminta saya mengisi borang application. Saya yang pada ketika itu tidak tahu menahu dan kebetulan ada kelas, lalu saya melakukan perkara tersebut dengan pantas. Saya difahamkan setiap kuliyyah akan menghantar application untuk dinilai oleh bahagian office of Deputy Rector of Students Affairs yang diketuai oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal pada ketika itu.

Selang beberapa minggu, saya mendapat panggilan untuk menghadiri bengkel National Blue Ocean Strategy 5 ( NBOS 5) yang telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. Bengkel pertama diadakan di KWSP , diikuti di Akedemi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) sebanyak 2 kali dan yang terakhir adalah di Pulau Pangkor. Bengkel-bengkel itu dipengerusikan oleh Prof. Mazlan dan Dr. Azlan serta dihadiri oleh seramai 60 UA dari semua IPTA yang terpilih untuk NBOS 5.  Sesungguhnya, NBOS 5 merupakan satu pengisian ilmu yang dipercayai akan mampu untuk menjadikan negara kita lebih maju,makmur dan sejahtera, dengan izin Allah.;)

S: Apakah peranan Hadi dalam Comrade dan bagaimana pula fungsi Hadi sebagai UA UIAM?
J: Peranan dalam Comrade : Head of Public relation (2011/2012). Disokong dan dibantu sentiasa oleh assistant berdedikasi : Sarah Zahirah Razali (Mass Comm HS)

Peranan sebagai UA : Memberikan kerjasama bersama-sama UA yang lain iaitu Wan Nur Sabiha bt Wan Kamaruddin (econs), Izzah Zahin (aikol), Raaed Omar (econs), Eizaaz Redzuan (aikol) dan Muhammad Hamidi Zamri ( econs).

Penulis bersama gambar saudara Hadi yang aktif di alam projek NBOS. Gambar ini diambil semasa majlis pelancaran 1M4U di UiTM Puncak Alam baru-baru ini.
S: Adakah jadual Hadi begitu padat sepanjang menjadi UA?
J: Tidak begitu padat kerana kebanyakan subjek wajib universiti telah saya ambil sebelum diwatikahkan sebagai UA. Dari segi pembelajaran, saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang sangat flexible dan supportive.

S: Cuba ceritakan pengalaman sepanjang menjadi watak penting dalam NBOS, dan apakah projek yang dijalankan oleh Hadi sendiri. Adakah berjaya projek berkenaan?
J:  Dalam program berkonsepkan NBOS  ini, saya percaya bahawa setiap individu yg terlibat merupakan watak penting. Kami bekerjasama dengan berbagai agensi seperti perpustakaan Negara malaysia, perpustakaan negeri perak, agensi anti dadah, JPAM dan macam-macam lagi. Untuk makluman, program berkonsepkan NBOS yang diitugaskan kepada UIA adalah berteraskan ‘pembelajaran sepanjang hayat’. Hasil persetujuan adalah sebuah program yang dipanggil ‘ Mobile Siswa’. Mobile Siswa dijalankan sebanyak 3 peringkat yang menyentuh tema ‘ keselamatan dan kesihatan’, Pengurusan kewangan’ dan ‘pengurusan kekeluargaan’. UIA juga diberi penghormatan oleh KPT untuk menjadi satu-satunya wakil NBOS 5 pada majlis pelancaran Rural Transformation Centre (RTC), Gopeng bersama-sama NBOS 4.

Projek yang diusahakan adalah apabila COMRADE berjaya mendapat bantuan dana belia satu Malaysia (1MDB) . Projek itu merupakan julung-julung kali diadakan apabila kami bersetuju untuk membawa golongan ibu bapa dan anak-anak orang asli ke Kuala Lumpur dan beberapa tempat menarik. Projek itu dinamakan sebagai ASLI SUMMER CAMP. Tujuan utama projek tersebut adalah untuk membuka satu dimensi baru dalam kehidupan anak-anak orang asli yang kebanyakannya sudah tidak mahu bersekolah apabila mencapai darjah 6. Kami dapati perkara ini sangat serius dan sebenarnay harapan kami adalah untuk melihat adik-adik angkat kami akan menuntut di UIAM pada suatu hari nanti. Golongan ibu bapa dibawa juga kerana mereka merupakan’ influencer’ dalam keluarga mereka. 

Kami berpendapat bahawasanya mereka haruslah lebih peka dalam memastikan pendidikan anak-anak mereka lebih terjamin. Kami telah membawa seramai 80 orang masyarakat asli ke beberapa tempat menarik seperti Petrosains, Putrajaya, Port Dickson, Muzium tentera,   masjid Negara dan beberapa tempat bersejarah bagi memudahkan pemahaman adik-adik dalam mempelajari matapelajaran yang diajar di sekolah. Program summer camp ini diadakan selama 10 hari yang di mana 4 hari dijalankan di UIA dan 6 hari di kampung-kampung mereka di Pahang. Sesungguhnya, segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana, kami dapat merasakan perubahan mentality adik-adik yang turut serta dalam projek tersebut sepanjang kami menetap di kampung mereka.

S: Apakah kenangan paling manis dalam sepanjang bergelar UA dan juga 'orang kuat' COMRADE?
J: Kenangan manis? Biarlah rahsia. (senyum).
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 27, 2013 at 7:19 PM

barakallah hadi :')

Post a Comment