Home » » Program Orang Asli Perlukan Corak Baru?

Program Orang Asli Perlukan Corak Baru?

Written By JPY on Monday, March 11, 2013 | Monday, March 11, 2013

Projek 'Outreach to Orang Asli' sudah menjangkau puluhan tahun. Justeru itu, kesungguhan serta kualiti program semestinya ada peningkatan dari segi program dan impak program. Namun begitu, apakah buktinya dan fakta yang menunjukkan kejayaan projek ini setelah hampir 20 tahun projek ini berjalan?

Di dalam arena korporat dan swasta, penekanan diberikan dalam menunjukkan hasil kejayaan sesuatu CSR (Corporate Social Responsibility). Ini boleh dipelajari daripada mesyuarat bersama Sime Darby dan Titian Asli menerusi projek kerjasama di perkampungan Orang Asli, Sg. Relang baru-baru ini. Di dalam projek ini, pihak CSR Sime Darby begitu menitik beratkan fasa-fasa projek, keberhasilan projek menerusi agenda yang jelas serta penelitian modul-modul yang boleh memberikan perubahan di penghujung projek.


Di sini, penulis tertarik dengan cara kelab yang berpaksikan modul mentoring menguruskan projek mereka. Ya, memang kita masih lemah dalam dokumentasi, namun beberapa kelab mentoring sudah semakin agresif untuk menyediakan data mentee-mentee mereka. Graf penunjukan peningkatan juga disediakan dan yang pasti barisan komiti mereka pasti sudah sedia maklum betapa pentingnya dokumentasi berkenaan.

Persolannya, mengapa penulis mengambil contoh kelab-kelab mentoring ini? Begini. Kelab-kelab seperti Gemilang, Sendi, Akhi dan EMAS, Titian Wahyu banyak menjalankan kerjasama yang jitu dengan pihak sekolah serta ibu bapa. Open Day dan Mahabbah Day antara program permulaan bersama ibu bapa, dan yang menariknya ibu bapa diberikan ruang untuk menanyakan soalan berkenaan program. Di sini, jelas kita akan tahu apa yang dimahukan oleh ibu bapa untuk pembangunan anak-anak mereka. 

Bagaimana pula dengan projek orang asli ini? COMRADE sudah berjaya dalam menghasilkan data orang-orang kampung dan kampung angkat mereka, namun bagaimana pula dengan program mereka? Adakah selama 20 tahun, program yang dijalankan berjaya mengubah masyarakat? Atau, persoalan yang lagi logik, selama 3-4 tahun bersama dengan penduduk Kmapung OA Teji dan Abu, adakah berjaya mengubah pembangunan sosial di kampung berkenaan? Infrastruktur juga bagaimana? Adakah COMRADE berjaya menjalankan kerjasama dengan badan-badan kerajaan yang berkenaan sehingga terbina asrama, homestay atau dewan serbaguna?

Unsur pendidikan juga menjadi agenda wajib kelab-kelab yang mencari golongan sasar Orang Asli ini. Titian Asli dan Jasa begitu aktif dengan program mentoring, Mathematic Science & English dan macam-macam lagi. Apakah kayu pengukur kepada program ini? Adakah benar ada produk kita yang tidak berhenti sekolah seterusnya maju dalam pelajaran mereka? COMRADE juga boleh berbangga dengan produk Asli Motivational Clinic mereka. Ya, ada di antara pelajar sekolah berjaya menyambung pelajaran ke UMS, namun di manakah buktinya yang mengatakan pelajar berkenaan terlibat dengan beberapa siri AMC kita?

Begitu banyak persoalan yang tidak pernah kita fikirkan bahkan kita tidak pernah cuba merasakan apa pentingnya impak yang berekod. Di sini, penulis ada beberapa cadangan yang mampu difikirkan bersama serta berbentuk lebih realistik.

Kita seharusnya menukar 'channel' daripada program Syok Sendiri, atau program berasaskan kehendak kita kepada 'channel' program atas kehendak bersama. Win-win situation. Kita akan turun padang ke setiap daerah jajahan kita (contoh: Kg. Teji, kita akan terjah daerah cameron Highlands). Di situlah kita aturkan perbincangan serius bersama JAKOA, Tok Batin dan beberapa agensi yang boleh membantu sesuatu. Perbincangan fasa kedua pula dengan orang-orang penting di dalam kampung untuk mengenal pasti apakah masalah yang ada, di mana kita boleh selesaikan bersama, bukan kita yang datang untuk menyelesaikannya. 

Sebagai contoh, projek kerjasama membangunkan surau atau dewan serbaguna. Kita sudah memegang kampung angkat kita dengan begitu lama. Setiap sesi kita ajar benda yang sama. Tapi adakah kita nampak mereka begitu bersemangat untuk belajar atau nampak mereka agak tidak aktif serta kebosanan dengan kedatangan kita? Mengapa penulis tekankan pembangunan infrustruktur ini? Mampu ke kita laksanakan?

Ya, kita mampu laksanakannya dengan usaha serius kita bersama agensi-agensi lain sama ada NGO atau badan-badan yang terlibat dalam JAKOA. Jalinan inilah yang akan merealisasikan kehendak penduduk kampung di samping menghadirkan perasaan tanggungjawab mereka kerana sama-sama membangunkan sesuatu di kampung berkenaan. Dan, sudah tentu, program anak angkat serta modul agama kita tidak tinggalkan. Makanya, setiap tahun pasti ada kelainan yang kita bawa dalam menghasilkan impak bersama di mana setiap agensi yang terlibat mampu menyumbang sama dalam membangunkan pembangunan sosial masyarakat orang asal.

Banyak lagi yang boleh kita fikirkan sama-sama seandainya kita betul-betul faham apakah itu projek dan impak jangka pendek serta panjang. Dato' Hamidon selaku Pengarah Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti mahukan sesuatu yang nampak hasilnya, dan seperti kata beliau:

"Kita mungkin tidak pernah tahu bahawa belum pernah lagi Orang Asli berjaya menyambungkan pelajaran ke UIAM. Maka, sekiranya kita berjaya membawa mereka (orang asli) melepasi merit seterusnya bersama kalian semula dalam berbakti kepada kaum mereka, itulah kejayaan kita...."   
Share this article :

+ comments + 2 comments

March 13, 2013 at 1:53 AM

tahniah project hidro dpt diteruskan di sana.. tahniah censerve.. :)

March 13, 2013 at 6:34 AM

terima kasih yayasan al-khalifah.. smoga dapat kerjasama lagi ya...

Post a Comment