Home » » Selamat Datang Dato' Hamidon Abd Hamid

Selamat Datang Dato' Hamidon Abd Hamid

Written By JPY on Monday, March 04, 2013 | Monday, March 04, 2013



Hampir 3 minggu kita berteka-teki siapakah yang bakal menggantikan Ibu Martinelli Hashim di posisi Ketua CENSERVE setelah pada 21 Februari yang lalu menyaksikan perpindahan ibu ke Research Management Centre. Kini kita mendapat pengganti yang tidak kurang hebatnya, iaitu Mantan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) iaitu Dato' Hj. Hamidon bin Abdul Hamid. 

Pengalaman luas beliau dalam banyak bidang sebelum ini menjadi kelebihan kepada CENSERVE untuk maju ke hadapan dengan lebih proaktif serta efisyen. Kehadiran Dato' yang juga mesra dengan panggilan Ustaz lantaran latar belakang pendidikan agama beliau yang cukup tinggi sebelum ini mampu memberikan CENSERVE nafas baru. 

Dato' Hamidon bukan seorang yang asing dalam CENSERVE. Beliau jugalah merupakan salah seorang Board of Advisors CENSERVE saat CENSERVE bertukar fungsi dari unit (hanya untuk kegiatan pelajar sahaja) ke sebuah Pusat yang diiktiraf Universiti dalam menganjurkan projek Khidmat Sosial meliputi staf dan pelajar UIAM. Dato' juga aktif dalam permotoran berkuasa besar. Beliau pernah mengetuai konvoi mendekati Orang Asli dan menyertai program Masuk Kampung (OA) Pos Pelantuk, Sg. siput (U), Perak pada akhir tahun yang lalu.

Penulis mewakili CENSERVE Team ingin mengalu-alukan kedatangan Dato' Hamidon dalam mengetuai CENSERVE seterusnya menyambung kecemerlangan yang pernah ibu mulakan. IIUM World Serving Team seperti mana diinisiatifkan oleh ibu sudah pasti bakal diteruskan. Semoga semua kelab mampu memberikan kerjasama yang mantap dan menjalankan program dengan penuh dedikasi.
Share this article :

Post a Comment