Home » » Tarbiyah muslim hakiki

Tarbiyah muslim hakiki

Written By Warkahsiber on Monday, August 31, 2009 | Monday, August 31, 2009


Assalamualaikum,

Alhamdullillah bersyukur kehadrat Illahi kerana kita diberikan peluang sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini. Amat beruntunglah kita semua.

Ramadhan bulan rahmat, bulan pengampunan dan bulan pembebasan. Ramadhan datang dengan satu matlamat iaitu untuk mendidik umat Islam agar menjadi seorag muslim yang sempurna. Persoalannya, adakah kita mengambil peluang ini semaksima mungkin? Ada segelintir manusia yang padanya Ramadhan ini sama seperti bulan-bulan biasa yang lain cuma bezanya kita berpuasa di siang hari. Ada pula segelintir yang beranggapan Ramadhan ini bulan untuk melakukan kebajikan kerana disitu terdapat seribu rahmah. Ada pula yang beranggapan, Ramadhan ini tempat untuk menyucikan diri dan meningkatkan iman dan taqwa.

Walau apa pun, anggapan kita, seperkara yang perlu kita sedari ialah, Ramadhan ini datang hanya sekali dalam setahun. Peluang sudah ada di hadapan mata, manfa'atkan segala peluang yang yang ada. Mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita. Rebutlan peluang sedia ada.

"من قام رمضانا إيمانا و حتسابا غفرله ما تقدم من ذنيه "

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu erti dalam hidup kita dan menjadikan kita insan yang soleh dan bertaqwa insyaallah....


Share this article :

Post a Comment