UIAM Gombak, 27 Mei 2010- Kumpulan Pelajar-pelajar Fasilitiator UIAM (Steadfast) serta beberapa universiti antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersepakat untuk menjayakan satu program baktisiswa yang akan bertempat di Malim Nawar, Kampar, Perak darul Redzuan. Program ini akan bermula pada 28 Mei hinggalah 30 Mei 2010.
Menurut Pengarah Program Siswa Turun ke Desa (STKD), Nur Izzati binti Mohd Sapperi, 22, program kali ini adalah bertujuan untuk membawa pelajar-pelajar khususnya mahasiswa dan mahasiswi turun ke lapangan masyarakat. Dengan bantuan kewangan daripada Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM), program yang di kelolakan oleh Steadfast ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan keluarga angkat masing-masing.
"Kita memang berniat untuk mengajak rakan-rakan bagi mengenang dan menjiwai suasana kampung, di samping kita berbakti serta berbudi kepada masyarakat setempat." Jelas Nur Izzati kepada wartawan Buletin Censerve.
Kelihatan wakil dari Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM, Encik Khairulzain Abd Rahman bersama Ketua Pengerusi AJK mempengurusikan mesyuarat program STKD
Program ini memang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada Ketua-ketua Kampung di Malim Nawar malah mereka memang menggalakkan lagi program kemasyaratan ini dapat di teruskan lagi di masa akan datang. Antara Ketua Kampung yang terlibat di dalam program STKD adalah Ketua Kampung Tanjong Bangkong, Encik Rosdi bin Mat, Ketua kampung Seri Malim iaitu Encik Ali bin B.Bahari dan Ketua Kampung Tualang Sekah iaitu Tuan Hj. Zainal bin Ali.
Encik Hashim bin Muhamud, Pengerusi AJK kampung pula berkata, "Program ini memang bermanfaat, bukan sahaja kepada para pelajar malahan turut memberi kelebihan kepada penduduk kampung. Di harap dengan kedatangan pelajar-pelajar ini dapat menyuntik semangat dan motivasi dalam diri belia serta remaja di kampung ini. Itu harapan saya untuk program kali ini."
Program ini juga turut di sertai oleh pegawai pengiring daripada Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM (Censerve), Encik Zainuddin Abdul Hanan serta Encik Nizam daripada Bahagian Pembangunan Pelajar. Sebarang gambar aktiviti dan juga makluman program boleh lah di layar di laman sesawang mereka, http://steadfastiium.blogspot.com/ dan juga di laman facebook mereka.
Post a Comment