UIAM Gombak, 26 Mei 2010- Kelab Maaruf yang merupakan salah satu kelab di bawah Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM (Censerve) telah menganjurkan satu program berbentuk forum ilmiah. Dengan tajuk "2012: Will The World Shut Down?" forum ini telah berjaya menghimpun ramai pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu datang memenuhi Dewan Auditorium Utama UIAM.
Forum yang mengundang dua orang ahli panel terkenal iaitu Mohd Khalid Yahya dan Ustaz Shaari Abd Rahman. Mohd Khalid Yahya merupakan pengarang kepada buku bestseller "Mengbongkar Misteri Dajjal" manakala ustaz Syaari Abd Rahman adalah daripada IP Minda Consultant.
Tunjang kepada perbincangan ini adalah isu kiamat yang di gembar-gemburkan oleh barat iaitu hancurnya dunia ini apabila tahun 2012 menjengah.
"Dengan persembahan fakta dan huraian hadith serta Kalamullah, ianya menjadi satu perbincangan yang sangat menarik sekali. Tidak pernah sekali pun saya rasa mengantuk." Begitulah luahan saudara Umar bin Md Pishal, 22, Presiden kepada Kelab Inspire UIAM, yang turut hadir menonton forum yang menjadi sebutan ramai ini.
"Alhamdulillah, forum ini mencapai objektifnya. Memang kita tidak sangka sambutan yang di berikan oleh pelajar-pelajar UIA cukup menggalakkan. Ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar kita memang dahagakan ilmu dan program yang berbentuk ilmiah sebegini." Jelas Muhammad Zaki Sukery, Presiden kepada Kelab Maaruf UIAM.
Katanya lagi, segala berita-berita terkini mengenai Kelab Maaruf ini dan program-program yang terdekat akan diiklankan baik di medan elektronik mahupun di papan-papan kenyataan Universiti, serta kelab ini juga mengalu-alukan kepada sesiapa juga datang bertamu di laman sesawang mereka iaitu di http://marufclub.com/- censerveNews
Post a Comment