Home » » Menyambut Menantu Puan Martinelli di CAC, UIAM

Menyambut Menantu Puan Martinelli di CAC, UIAM

Written By JPY on Sunday, May 30, 2010 | Sunday, May 30, 2010

UIAM Gombak, 30 Mei 2010- Satu acara gilang gemilang telah diadakan di Pusat Aktiviti Kebudayaan, (CAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kenduri perkahwinan anakanda kepada Puan Martinelli Hashim yang merupakan Ketua Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM (Censerve) berlangsung dengan meriahnya sambil diiringi oleh ahli muzik daripada Unit Kebudayaan, Bahagian Pembangunan Pelajar (S-Dev) UIAM.



Kenduri ini juga turut di hadiri oleh barisan VIP yang di antaranya daripada NGO-NGO serta badan-badan terntentu sama ada di dalam dan di luar kampus. Tidak ketinggalan juga Profesor Dato' Seri Dr. Syed Arabi bin Syed Abdullah Idid bertamu dan memeriahkan lagi majlis perkahwinan kedua mempelai, saudara Hanafi dan juga Saudari Nurin.











"Kedua-dua mempelai UIA, dan memang secocok sekali apabila di pandang. Semua serba kuning." Luah Puan Marhamah Md Iza, yang merupakan Pembantu Peribadi kepada Puan Martinelli yang turut hadir di majlis tersebut.



Antara ucapan seorang Puan Martinelli kepada anak menantunya:


"Anakanandaku Nurin, sesungguhnya ibu redho dengan Hanafi memikul amanah sebagai suami kepada anakanda, bantu dia menjalankan amanahnya, dia punya amanah untuk Allah, dia punya amanah untuk ibu bapa, dan dia punya untuk ummah." -Puan Martinelli Hashim

 



Harapan agar semua terus mendoakan kedua mempelai merpati sejoli ini kekal bahagia di dunia dan bertemu jua di akhirat. -censerveNews


Share this article :

Post a Comment