Malim Nawar, 29 Mei 2010- Kumpulan Pelajar Fasilitator UIA menyifatkan misi mereka turun ke desa kali ini merupakan satu baktisiswa yang berjaya. Dengan bantuan kewangan tajaan Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (MASKUM), UIAM bergabung tenaga dengan barisan IPT-IPT lain seperti UKM, USIM, UM dan KUIS.
Antara pengisian di dalam program ini ialah Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat, Sukan Rakyat, Ceramah Agama, Aerobic, Ceramah Motivasi, Pameran Universiti, Gotong-royong, Jalan-jalan Kampung, Kenduri Kesyukuran, Malam Kebudayaan, dan Majlis Penutup.
"Memang kita tidak menjangkakan sambutan orang kampung di sini memang baik. Ia membuatkan kami lupa akan kampung halaman sendiri." Begitu luahan saudari Nur Izzati binti Mohd Sapperi, 22, pengarah prigram baktisiwa ini.
"Program ini adalah hasil perbincangan di dalam Maskum, dan Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Censerve) mewakili UIA menerima tanggungjawab untuk menjayakan baktisiswa ini," luah En Zainuddin Abd Hanan, pegawai pengiring daripada UIAM.
Program yang bermula 28 Mei ini akhirnya berakhir jua pada 30 Mei 2010. Setiap daripada pelajar-pelajar ini dapat merasai pengalaman turun ke desa. Talian silaturrahim antara universiti-universiti ini juga berjaya di terapkan dan mencapai objektif Maskum itu sendiri dalam mengintegrasikan hubungan sesama institusi pengajian tinggi.
Semua warga komiti dan pelajar-pelajar ini juga rata-ratanya mengucapkan terima kasih kepada orang kampung serta agensi yang banyak terlibat bagi melancarkan baktisiwa ini. -censerveNews
Post a Comment