Home » » Hari Integrasi Titian Asli 2010

Hari Integrasi Titian Asli 2010

Written By JPY on Tuesday, June 01, 2010 | Tuesday, June 01, 2010

UIAM Gombak, 29 Mei 2010- Kompleks Sukan Wanita UIA menjadi saksi kedatangan orang-orang asli daripada tiga buah kampung iaitu, Kampung Songkok, Batang Kali, Kampung Sg Gapoi, Bentong dan Kampung Bukit Kala, Batu 12, Gombak. Program integrasi besar-besaran ini di anjurkan oleh Kelab Titian Asli; satu kelab di bawah naungan Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM (Censerve).

Program ini mendapat tajaan daripada Telekom Malaysia (TM) dan juga Tenaga Nasional Berhad (TNB). Setiap ruang padang dan dewan di gunakan oleh peserta bagi merancakkan lagi program integrasi ini yang bermula daripada 29 Mei hinggalah 30 Mei. Selain sukaneka, pelbagai acara dan modul di rencanakan oleh kelab ini yang juga berkoloborasi dengan Kelab Misi UIAM.

(Gambar bawah) Kelihatan Saudara Fakhrie, pengarah program bersama pelajar-pelajar Orang Asli sebelum permainan bermula


Menurut Nurul Humaira Kamarul Zaman, program Hari Integrasi Titian Asli 2010 ini merupakan program yang julung-julung kali di jalankan oleh kelab ini. Ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri namun penglibatan serta komitmen pelbagai boleh di puji dan di banggakan. 


"Program ini memang mencapai objektifnya walaupun ianya pertama kali di lancarkan. Antaranya kami berjaya memupuk semangat persaudaraan 1 Malaysia di kalangan kami. Di sini bangsa Melayu dan Orang Asli bagaikan satu keluarga," jelas Nurul Humaira, 20, merupakan pelajar Sains Kemanusiaan di UIAM.


Bagi Jasmin Jubilin, 21, pelajar Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris yang mewakili kelab Misi pula melahirkan perasaan gembira dan bersyukur di atas jemputan kerjasama ini. Beliau nyata berpuas hati dengan pengalamannya pertama kali bergaul bersama Orang Asli.

"Memang ini kali pertama saya berjumpa dan bermesra dengan kaum ini. Kelab kami banyak membuat aktiviti bersama pedalaman di Sabah dan Sarawak, manakala di sini kami lebih banyak program bersama kami-kami sahaja. Apabila dapat jemputan daripada Titian Asli, ianya seperti satu bonus kepada kami. Memang kami sangat berpuas hati," jelas beliau lagi dengan panjang lebar.
 Sesi senaman robik

Majlis pembukaan pula di rasmikan oleh saudara Razali bin Sudin @ Alias, selaku pegawai daripada Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM menggantikan ketidakhadiran Yang Berbahagia Dato' Hamidon, merupakan Pengerusi Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM. Dan majlis yang di serikan juga dengan persembahan sewang daripada pelajar-pelajar Orang Asli turut di hadiri oleh Pegawai JHEOA Daerah Bentong dan juga Batu 12.-censerveNews


Share this article :

Post a Comment