CENSERVE, IIUM - Menurut maklumat terbaru yang pihak pemberita CENSERVE TEAM peroleh, satu malam penghargaan akan dilangsungkan secara besar-besaran di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 24 Disember ini. Penulis sempat menemuramah Penolong Pengarah Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE), Encik Mohd Khairulzain Abdul Rahman. bagi mendengar butiran lanjut perihal program tersebut.
Mengikut butiran yang diberikan oleh beliau, majlis ini bermula sejak pukul 8.30 malam lagi. Yang paling menarik adalah kedatangan Timbalan Kementerian Pengajian Tinggi, Y.B Datok Saifuddin Abdullah pada malam tersebut. Beliau hadir untuk menyampaikan beberapa anugerah penting kepada barisan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar UIAM.
"Pada malam tersebut, bukan sahaja Datuk Saifuddin yang akan datang, malahan Rektor serta Penolong Rektor turut hadir. Ini sudah cukup menggambarkan Malam Kemanusiaan yang akan kami anjurkan ini adalah sangat penting. Kami mempunyai lebih kurang 1000 ahli yang menjadi sukarela di dalam kelab-kelab di bawah kami (CENSERVE). Dan kami jangkakan pada malam tersebut, seramai 500 orang akan menghadirinya kerana faktor ruang serta kekangan masa," terang Encik Mohd Khairulzain lagi.
Pada malam tersebut, seramai 13 buah kelab bersatu dan antaranya adalah Kelab Comrade, Jasa, Titian Asli, Gemilang, Akhi, Caring, Steadfast, QYC, JKQ, Titian Wahyu, Sendi, Misi dan Inspire. Di samping itu, terdapat beberapa anugerah yang akan disampaikan oleh Rektor iaitu anugerah berupa Sijil Emas, Perak dan Gangsa. Manakala Datok Saifuddin pula menyampaikan anugerah Kelab Terbaik, Program Terbaik serta 12 penerima anugerah Hati Emas untuk pelajar dan 2 orang penerima Hati Emas untuk pegawai UIAM.
"Bukan itu sahaja, pada malam tersebut kami juga akan mempersembahkan sebuah teater yang mencerminkan kesusahan, pengorbanan dan semangat kesukarelawanan. Kami bawakan khusus daripada pelajar-pelajar kebudayaan universiti." jelas Mohd Khairulzain.
Tambahnya lagi, media-media daripada akhbar tempatan akan datang untuk bersama memeriahkan lagi majlis tersebut di samping berusaha untuk mempromosikan UIAM adalah universiti penyayang kepada masyarakat luar. Bukan setakat mempromosikan bahkan menggalakkan lagi budaya sukarelawan ini di dalam setiap peringkat termasuklah di setiap IPTA ataupun IPTS.
Post a Comment