Home » » Abang Lot Gatal!! - Peserta COMRADE

Abang Lot Gatal!! - Peserta COMRADE

Written By JPY on Friday, January 25, 2013 | Friday, January 25, 2013

Hanya kerana 'prank' yang diusahakan oleh barisan senior COMRADE termasuk 'penasihat' COMRADE, suasana menjadi panas sehinggalah salah seorang peserta yang menjadi mangsa 'prank' menjerit, "Abang Lot, Gatal!".

"Saya terkejut saat respon yang diberikan oleh peserta terbabit. Semua perempuan melihat saya lain macam sahaja, Sejujurnya saya hanya menyuruh beliau ke hadapan setelah kawan-kawan lain sedang 'membasuh' beberapa orang (mangsa)," jelas Lotfi Amir, ketika mendapatkan kepastian mengenai isu 'gatal'.

Nadhrah Nasirah, peserta yang menjadi mangsa pula memberitahu bahawa beliau sempat 'membuang' status 'gatal' yang beliau tujukan kepada Lotfi Amir secara terbuka (di sesi post mortem).


Muka macam gatal jer...


"Abang Lot sebenarnya baik, tidak gatal," jelas beliau seperti mana yang diceritakan oleh Lotfi Amir.

Lotfi Amir juga menjelaskan bahawa, perkataan 'gatal' itu muncul sebaik sahaja saudari Nadhrah tertekan kerana pertuduhan yang di'reka' oleh barisan senior datang secara tiba-tiba. Apa-apa pun, Nadhrah tetap gembira dengan kejutan tersebut. 

Akhir kalam, selamat hari lahir saudari Nadhrah, dan untuk pengetahuan Nadhrah, Abang Lot memang seorang yang 'gatal' (bergurau).
Share this article :

Post a Comment