Alhamdulillah, kini weblog buletin kita semakin aktif dengan beberapa artikel sejak 2 minggu ini walaupun ternyata ramai lagi yang masih seronok bercuti di rumah masing-masing setelah penat lelah belajar dan berprogram selama 4 bulan yang lalu. Penulis hari ini tertarik untuk mengupas isu mengenai 'dos & don't s' yang kadang-kadang kita sendiri ambil mudah dan sindrom 'tak mengapa' menjadi buah mulut apabila 'benda-benda' ini terlepas pandang.
Sebagai sukarelawan muslim, sahabat-sahabat semua pasti tahu apa itu disiplin. Disiplin dalam beribadah akan membuatkan perlakuan kita ini penuh dengan hikmah dan kesan yang positif akan sentiasa terhasil. Di dalam setiap program kita, rata-rata semua komiti mewujudkan biro 'Discipline & Ibadah' atau singkatannya iaitu DnI. Biro ini akan memastikan tahap disiplin para peserta terjamin agar tidak berlaku apa-apa yang memburukkan nama sendiri, nama keluarga dan nama universiti. Yang paling penting, tidak merosakkan nama agama yang dianuti, iaitu ISLAM.
CENSERVE sudah melaungkan banyak kali bahawa program kita adalah program DAKWAH. Bukan program bercuti. Bukan juga program main-main. Program yang diketengahkan bukan semata-mata untuk meningkatkan skil kemahiran yang tinggi, bahkan konsep yang kita jalankan ini lebih untuk meningkatkan moral masyarakat ke arah yang lebih islamik dan selamat di dunia dan di akhirat.
AKHLAK BIAR CANTIK
Akhlak juga harus didisiplinkan.Namun, unsur inilah yang kita selalu terlepas pandang. Apabila sesi 'Reflection' atau semua lebih kenal dengan nama 'POST MORTEM' ramai yang suka memberikan 'pendapat' dengan beremosi. Di mana konsep hormat-menghormati di situ? Menjatuhkan aib komiti yang lain serta men'down'kan moral peserta-peserta yang baru boleh memburukkan organisasi dan agama. Sekiranya terlepas pandang, usah diulang kata-kata ini:
"Takper, biar kene marah, barulah lepas ni xkan berulang lagi... hehehe"
PERGAULAN
Bila kita kata pergaulan tidak islamik, karang ada pula yang melenting dan marah-marah. Mulalah ada bunyi-bunyi seperti "tang mana yang tidak islamiknya?" Mungkin ada juga yang kata, "dia tak tau apa kita buat, dia bukan dalam group kita, apa yang dia nampak tu tak seperti apa yang dia tahu..." dan bla.. bla.. bla... lagi.
Banyak sudah digariskan oleh ulama'-ulama' bagaimana untuk kita bergaul di dalam keadaan tertentu. Perkataan di atas muncul adalah disebabkan perbuatan kita yang terlepas pandang sehingga membenarkan perlakuan fitnah berlaku ke atas kita dan organisasi kita. So, bagaimana untuk kita hindarinya?
Senang sahaja. Pastikan segala perlakuan kita di bawah kawalan kita sendiri. Perempuan datang rapat atau duduk dengan sangat rapat dengan kita atau sebaliknya, kita lah yang kawal keadaan dengan menjarakkannya. Walaupun dalam bulatan 'ukhuwah' semasa meeting atau usrah. Jangan nak menggatal sangat untuk dekatkan lagi. Keadaan ini terjadi juga sewaktu kita mengambil gambar secara berjamaah. So, kita yang kawal diri kita, pandai-pandailah untuk tidak menimbulkan fitnah di mata orang.
Memang kita sedang buat kerja amal. Buat kerja dakwah. Tetapi ingat, jangan pula kita sangka, apabila buat kerja dakwah, Allah meringankan semua benda. Yang Allah ringankan dan beri hadiah adalah rukhsah solat dan puasa bagi mereka yang sakit dan musafir tapi tidak pada perbuatan-perbuatan lain. Maka, jagalah tingkah laku kita.
AURAT
Ini satu lagi. Okey, sekiranya kita di luar universiti, atau di luar daripada program, kita adalah diri kita yang lain (anda semua fahamkan), harap sangat jangan bawa diri kita yang berketerampilan sedemikian di kampung-kampung orang asli, sekolah-sekolah atau di tapak-tapak program anjuran UIAM dan CENSERVE.
Sila hormati undang-undang 'dress code' program dan jangan sesekali kelab melonggarkan undang-undang ini. Sekali kita bersetuju untuk menyertai sesebuah program, sila patuhinya dengan ikhlas. Lelaki atau perempuan lain datang untuk membuat pahala (begitu juga dengan niat anda), ya kita semua ingin berlumba untuk menambah pahala, jangan lah ada di antara kita yang merosakkan pahala tersebut, insyaa Allah.
Apa kata azamkan dalam diri, "aku join program ni sebagai satu latihan untuk aku terus istiqamah menutup aurat dan mengharapkan keredhaan Allah..."
Lelaki pun sama, ok? Bukan setakat pakai seluar pendek bahkan nak berbogel pun boleh dengan syarat di dalam khemah, penginapan sendiri tanpa ada orang lain pun yang boleh melihat aurat anda. Harap semua mengerti ya?
ROKOK
Wooo, ini topik best khas untuk lelaki. Setakat ini, hanya lelaki dalam CENSERVIANS sahaja yang berani menonjolkan diri anda sebagai seorang perokok. Bahkan isu ini sudah berlaku lebih satu dekad yang lalu, namun tahap pemahaman dan disiplin mereka dalam program membuatkan isu ini tenggelam dan senyap dari kata-kata yang tidak manis keluar.
Kini ianya kembali. Setahu saya, lebih sedekad benda ini tidak ada masalah kerana mereka yang tegar, separuh tegar, kurang sangat menghisap patuh dengan peraturan kelab dan juga program. Kini, ada yang begitu 'slumber' merokok dalam sesi atau dalam program. Ini adalah 'pertunjukan' yang tidak sihat yang harus dibendung oleh semua pimpinan kelab.
Anda harus bertanggungjawab sebab tatkala anda turun ke lapangan, anda adalah duta universiti, duta seorang muslim yang menonjolkan segala bentuk kebaikan. Sila 'profesional' dan pandai melihat situasi. Pengunjung di UIAM pun hanya mampu menghisap rokok di kediaman (mahallah) atau di tandas (sekiranya berada di pusat aktiviti UIAM).
Sekiranya berada di lapangan, bagi perokok tegar, sila patuh undang-undang dan anda hanya dibenarkan untuk 'menyambung nyawa' dalam keadaan tersebut:
1) Di luar acara/ tentatif/ agenda program. Maksudnya, sesudah bersurai, sesudah post-mortem dan berada di tempat kediaman masing-masing sebelum tidur.
2) Tempat yang tidak terbuka. Di sungai pun boleh sekiranya bukan ada acara rasmi, hanya sekadar bermandi-manda, atau di tandas memberi makan (asap) kepada 'jin dan syaitan'.
3) Hirosah (berjaga malam untuk berkawal). Hanya beberapa kelab sahaja yang ada agenda ini. Pada waktu ini, hanya anda dan rakan-rakan anda sahaja yang ada. Hisaplah semahunya-mahunya.
Tapi 'on top of that' silalah belajar untuk mengurangkannya atau berhenti terus. jadikan medan program ini medan untuk kawal diri dan nafsu merokok ya, teman-teman?
Sekadar ini dahulu coretan penulis buat masa ini. Untuk mengawal semua perbuatan di atas, mudah sahaja. Letakkan sifat malu dalam diri kita, insyaa Allah, pasti akan berjaya membendung gejala di atas. Penulis mendoakan agar semua program diterima sebagai pengorbanan dan ibadah kepada Allah. Semoga Allah terus memudahkan jalan dakwah kita, dan memberkati perbuatan kita semua. Ingat juga, jalan dakwah mana yang mudah, kan.....
Post a Comment