Home » » Ahli Aktif Caring Jumpa Ibu Martinelli

Ahli Aktif Caring Jumpa Ibu Martinelli

Written By JPY on Monday, January 14, 2013 | Monday, January 14, 2013

14 Januari 2013 menyaksikan hampir 80 orang ahli aktif Kelab Caring datang menziarahi CENSERVE demi mendengar taklimat daripada Ibu Martinelli Hashim, ketua CENSERVE. Presiden kelab Caring, saudara  Amirul Salihan yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai orang no. 1 dalam kelab setelah berjaya membawanya untuk sesi 2011/2012 ada menyatakan bahawa, ahli-ahli ini akan dilatih sebelum pulang bercuti demi menyiapkan tentera yang lebih bersedia berbakti kepada anak-anak yatim sebermulanya semester baru nanti.



Ibu Martinelli yang telah diberi mandat oleh universiti bagi menerajui CENSERVE berjaya memberikan nasihat yang berguna kepada semua ahli Caring. Dalam pada itu ibu sempat memperkenalkan kesemua pegawai CENSERVE yang ada, dan sempat bergurau,

"Itulah ofis ibu untuk 24 hari ini..." yang merujuk kepada  isu perpindahan ibu Martinelli ke Research Management Centre (RMC). 

"Inilah pejabat CENSERVE yang kecil tetapi diisi dengan manusia-manusia yang berjiwa besar. Di sini jugalah keluarga CENSERVE berkumpul sampaikan ada yang lepak semata-mata untuk membaca akhbar dan menonton bola sepak. walau bagaimana pun tiada lagi yang datang menyalahgunakan kelebihan yang kita ada, kerana ibu percaya, tiada lagi pejabat yang melayan karenah anak-anak UIAM semesra CENSERVE."



"Ibu harap juga anak-anak Caring di sini tidak bersalah sangka dengan CENSERVE apabila isu kewangan dan bajet timbul nanti. Perkara ini sahajalah yang menjadi masalah kepada CENSERVE kerana lambatnya proses daripada pihak Finance Division." jelas Ibu panjang lebar dalam ucapannya tadi.

Share this article :

Post a Comment