Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku di CENSERVE dalam minggu lepas dan hari ini. Ibu begitu banyak menulis di wall facebook peribadi dan juga di facebook group CENSERVEIANS. Ya, memang bentul, bakal berlaku pertukaran dan perpindah pegawai di UIAM, di mana surat yang datangnya daripada Rektor UIAM ternyata sah memberitahu bahawa Puan Martinelli Hashim, Ketua CENSERVE dipindahkan ke Research Management Centre (RMC).
Walau bagaimana pun, surat itu hanya sah bertindak pada 21 Januari ini, hari yang dinyatakan sah perpindahan ibu ke RMC. Atas dasar sayangkan perjuangan dakwah, perjuangan Ummah, ibu tetap mencuba untuk kekal dengan CENSERVE. Buat masa ini, ketua CENSERVE masih lagi ibu Martinelli. Siapa bakal mengambil tempat ibu nanti, akan kita ketahui pada 21 Januari nanti, inshaa Allah.
Penulis akan sentiasa mengemaskini berita CENSERVE di dalam bahasa melayu di sini, dan berita yang sahih hanyalah dari sini. Ingat, jangan berhenti berdoa untuk CENSERVE walau apa pun yang terjadi.
Ibu ada menulis di wallnya:
"Saya selalu ingat pesan Dato' Sidek Fadhil dalam ucapan terakhir sebagai presiden ABIM beberapa tahun yang lepas sambil air mata beliau menitis, "Peluang yang luas untuk berdaawah yang Allah beri ini belum tentu akan diberi lagi sesudah ini. Gunakanlah semaksimanya sebelum kita dihalang melakukannya. Kita tidak tahu suasana poltik yang bagaimana yang akan kita tempuh selepas ini."
Saya pegang kata-katanya sebagai peringatan pada saat-saat semangat juang menurun. Saya akur masa terus berlari, tak mungkin ia menanti kita kalau kita lambat. Sesekali bimbang juga akan ada tangan yang akan menghalang atas alasan apa pun.
Menggunakan sepenuh peluang dan masa yang ada yang Allah beri walau ada sedikit sebanyak kesulitan, ia tetap berjalan.... alhamdulillah ia cukup memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan. Manisnya berdaawah hanya dapat dirasakan apabila turun ke medan bukan duduk dikerusi empuk atau bicara dicorong pembesar suara saja.
Kini, dalam situasi yang penuh persoalan kata-kata ustz Fadhil terngiang-ngiang di fikiran. Memohon bimbingan yang sempurna dari Allah Yang Maha Pemberi Hidayah ... agar tiada tindakan yang tersasar menjadi fitnah. Masih mencari destinasi mencurah bakti menyempurnakan misi yang masih jauh .... masih merayu kepada Ilahi agar diberi peluang sekali lagi.
Allah penentu segalanya.... kita perlu menjadi air sungai yang tetap lalu walau dihalang batu. Menjadi penghaus dahaga, mendinginkan kepanasan. Tidak seperti air laut yang sering bertukar menjadi badai. Allahuakbar. Rabbi yassir wala tu'assir."
Post a Comment