Berakhirnya
semester maka akan ramailah melangkah keluar meninggalkan kampus
setelah dada diisi dengan ilmu dan akal terasuh dengan budi, hati
terdidik dengan iman. Ada yang singgah jumpa ibu, ada yang pergi tanpa
sempat bertemu. InsyaAllah pertemuan kita dalam alam cyber tidak
terhenti.
Ibu copy tulisan dari wall ibu buat kalian yang tidak add ibu dalam fb.
"Buat anak-anak CENSERVIANS, ingatlah bahawa hidup sebagai manusia adalah sia-sia kalau gagal memiliki jiwa yang insani. Santuni orang lain terutama mereka yang berada di bawah. Hormati mereka yang berilmu dan yang lebih tua umur.
Usah membenci manusia sebarangan kerana kita tidak tahu, orang yang kita benci itu mungkin manusia yang dikasihi Allah.
Kita umpama sebatang pensel.
Pensel yang terbaik ialah apabila ia dapat meninggalkan bekas melalui tulisan yang berguna untuk dibaca oleh manusia. Bekas itu dihasilkan oleh isi pensel yang terang dan tidak mudah patah.
Walau secantik manapun sebatang pensel itu, yang penting adalah isinya. Ia hanya boleh menghasilkan tulisan yang cantik apabila ia sentiasa tajam. Pensel akan hanya tajam apabila ia selalu diasah atau diraut dengan pisau yang tajam... ianya amat menyakitkan!!
Pensel yang rupanya tidak sehebat mana, namun ia boleh menjadi lebih hebat dari pedang yang tajam. Pensel tidak pernah meminta untuk dipuja walaupun ia banyak berjasa. Namun yang paling penting ialah pensel boleh berfungsi dengan baik hanya apabila ia berada dalam genggaman tuannya.
Kita ibarat sebatang pensel.
Insan yang baik adalah apabila ia meninggalkan bekas yang memberi faedah pada orang lain. Kita akan meninggalkan bekas yang baik di mana saja kita berada hanya apabila kita memiliki hati yang baik dan tidak mudah patah.
Secantik manapun seseorang itu, yang penting hanyalah hatinya. Hati yang baik dan kukuh itu terbina dari proses kehidupan yang selalunya menyakitkan. Kehebatan kita tidak terletak pada wajah, tetapi kepada apa yang kita sumbangkan.
Orang yang baik tidak mengharapkan dirinya dipuja. Namun yang paling penting ... letakkan dirimu sentiasa dalam genggaman tuanmu yang sebenar iaitu Allah swt."
Petikan dari blog http://
Post a Comment