Membanggakan! Itulah yang harus dirasakan oleh semua CENSERVIANS tatkala
melihat pelbagai pencapaian yang diperolehi oleh para CENSERVIANS kita.
Semalam membuktikan kebolehan kawan-kawan MISI dalam memainkan
peralatan perkusi bersama Rabbani dan saudara Aswad, alumni UIAM.
Sebelum ini pula kita mendapati ada pelajar cemerlang yang diraikan
semasa majlis konvokesyen UIAM dan beliau juga merupakan aktivis
CENSERVE.
![]() |
Bro Aswad lead our IIUM brothers, and there are 2 percussionists from CENSERVIANS: Aminuddin Kamaruddin & Badran Saman. Both of them are MISIan. |
Ini belum lagi kita mengutip pengalaman
para senior CENSERVIANS di mana para alumni kita rata-ratanya hebat
dengan karier masing-masing. Di dalam tahun ini juga, Presiden Inspire,
saudara Raeed Omar mendapat peluang untuk memperoleh pengalama di Kanada
di dalam program ‘Interchange student’. Hanya mereka yang melepasi
syarat serta temuduga sahaja yang memperolehi peluang ini, dan kami
sentiasa mendoakan beliau agar terus berjaya dalam pelajaran dan hidup.
Kita ada saudara Akmal, Raaed (INSPIRE) dan Hadi (COMRADE) yang turut menjadi sebahagian daripada projek National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan seterusnya dilabelkan sebagai Universiti Ambassador
(UA) cawangan UIAM.Pengerusi projek RESILIA (Remaja Suci dari Zina dan
Mulia dalam Agama) saudara Zulharis bin Zainal serta keluarga beliau
pernah dinobatkan sebagai pemegang anugerah Keluarga Sukarelawan oleh
Yayasan salam Malaysia. Berikut adalah sedikit sebanyak sesi soal-jawab
kami bersama saudara Zulharis.
![]() |
Zulharis (kanan) bergmbar bersama Alumni UIAM, Imam Muda Hassan |
Asslamualaikum Zulharis… harap sihat
yer. Ni ada beberapa soalan sikit utk en. Zulharis mengenai anugerah yg
pernah Zul dan keluarga perolehi..
1) Betulke Zulharis dan famili ada dapat anugerah? daripada badan mana? dan apakah nama anugerah tersebut? Hahaha (ketawa)..ingatkan interview pasal resilia.. Alhamdulillah, Haris dan adik-beradik dapat anugerah sukarelawan cemerlang utk tahun 2010 dan 2011 dari Yayasan Salam Malaysia. Then tahun 2010 dpt anugerah keluarga sukarelawan, time tu dpt hamper..hehehe
2) Apakah yang endorong zul dan keluarga berjaya memperolehi anugerah berkenaan, buleh kongsikan? Reason dapat sebab kitorang rajin join program Yayasan Salam..macam Haris sendiri untuk tahun 2010. Tak salah lebih 20 program Salam (Yayasan Salam) Haris turun padang, merangkumi fasilitator, menjenguk homeless people, org asli..(dll.)
3) dan apakah harapan Zul setelah memperolehi anugerah berkenaan bersama keluarga, harapan utk diri sndiri dan keluaraga….
Harapan..untuk diri sendiri, Haris berharap untuk terus menjana perubahan bermakna, dan dengan tanggungjawab sebagai pengarah program Resilia, insyaAllah Haris akan mengubah hidup adik-adik yang dikatakan hardcore dan tidak ada harapan..untuk keluarga. Harap my family will continue to be volunteers, and hope that this activity will strengthen the bonding in my family..
![]() |
Keluarga Zulharis |
Kami dari Kru MEDIA CENSERVE akan menjejaki para Alumni pula selepas ini
demi terus mendapatkan ilmu serta perkongsian hidup mereka. Akhir kata,
CENSERVE mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya menggapai
segulung ijazah dan pelbagai anugerah baik di dalam kampus atau di luar
kampus
Post a Comment