Projek RESILIA berjaya mengharungi tahun 2012 dengan lebih gemilang. Mereka berjaya membawa RESILIA ke tahap yang lebih tinggi setelah berjaya merealisasikan projek ini pada tahun 2011. Kepercayaan ibu Martinelli Hashim, akhirnya terbalas dengan memenangi anugerah Projek Terbaik 2012.
Pada tahun yang lalu, RESILIA mampu mengadakan 13 siri program di mana lebih separuh daripada itu adalah program bersama-sama sekolah. Sekolah yang begitu mempercayai RESILIA adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak. Program yang lebih mendidik jiwa pelajar-pelajar yang sedikit bermasalah berjaya membuka, jiwa, mata dan hati mereka agar terus bersama berjiwa RESILIA. Impaknya bukan sedikit. UIAM bagi mereka adalah satu tempat yang tenang dan aman. Setiap peserta RESILIA pasti akan mendatangi UIAM sekiranya hari cuti dan 'lepak' bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator RESILIA.
Maka, layaklah bagi Projek RESILIA berjaya memenangi anugerah Projek Terbaik bagi tahun 2012, alhamdulillah. tahniah Resilia. Untuk melihat senarai penerima anugerah bagi tahun 2012, sila ke HALAMAN INI.
Post a Comment