Home » » Misi Bantuan Mangsa Banjir JOHOR

Misi Bantuan Mangsa Banjir JOHOR

Written By JPY on Thursday, January 03, 2013 | Thursday, January 03, 2013

Pelajar dan Staf UIAM berganding bahu menolong mangsa banjir di Johor baru-baru ini

Panchor, Johor- Bermula dari 11 haribulan lagi, 4 buah bas daripada UIAM menyusuri lebuhraya utara-selatan demi membantu mangsa-mangsa banjir di bahagian Panchor, Muar, Johor. Seramai 120 orang pelajar termasuk SUKSIS UIAM berkumpul di daerah Muar bagi menjalankan misi kemanusiaan ini. Barisan ini yang diketuai oleh pegawai daripada Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti dan dianjurkan juga oleh badan ini telah berjaya membantu beberapa rumah penduduk yang teruk dilanda banjir, sebuah kedai runcit, sebuah sekolah dan sebuah kilang Industri Kecil-kecilan dan Sederhana di kampung tersebut.

Menurut Puan Martinelli Hashim, Ketua Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (CENSERVE) UIAM, misi ini sudah pun dirancang sejak berlaku banjir di beberapa bahagian di Johor tempoh hari. Setelah mendapat perkenan Rektor UIAM, maka pelajar-pelajar ini yang secara sukarelanya bertolak sejak Jumaat, kira-kira pukul 4.30 pagi.
Share this article :

Post a Comment