UIAM, Gombak - Pada 23 Januari yang lalu, Kelab Inspire telah berjaya menjalankan satu program yang berbentuk kemahiran IT. Kemahiran IT yang dimaksudkan adalah Bengkel mempelajari Adobe Photoshop yang mana telah dijalankan dengan jayanya oleh barisan komiti Kelab Inspire.
Menurut bekas presiden Inspire, Mohd Izzudin Mohd Faudzi, bengkel ini merupakan salah satu cara Inspire menjaga hal ehwal ahli-ahlinya. Dengan menjalankan satu atau dua bengkel kemahiran, Kelab Inspire akan berjaya menerapkan seberapa banyak kemahiran kepada ahli-ahlinya.
"Seperti mana sesi yang dulu, Kelab Inspire akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada ahlinya. bukan setakat Adobe Photoshop sahaja yang kami ajar, bahkan cara membuat blog dan video turut kami selitkan di dalam perancangan kami selama setahun." jelas Izzudin lagi kepada penulis.
Dengan berbekalkan tenaga pengajar yang pakar, Bengkel Adobe Photoshop ini telah berjaya memberikan input yang banyak kepada peserta-pesertanya. Bengkel ini telah mengggunakan khidmat pengajar, Bro. Dahlan Abd. Ghani, Head Section of Creative Multimedia, UniKL. Beliau juga merupakan pensyarah bagi subjek Creative Design di Department of Information System, KICT, IIUM. -inspireclub
Post a Comment