Sudah bertahun-tahun kita bersama kelab masing-masing. Selama 17 tahun CENSERVE memacu tunggangan dengan membawa bersama kelab-kelab di bawah naungannya. Dahulu, kelab-kelab ada yang bersaing secara sihat, tetapi kebanyakannya masih bersikap nafsi-nafsi. CENSERVE datang untuk menyatu-padukan kita, namun pembaharuan ini rata-rata ditolak oleh senior kita pada satu ketika. Ini adalah lantaran kejayaan kelab masing-masing sebelum adanya CENSERVE sudah cukup memadai untuk menolak pembaharuan itu.
1995, CENSERVE diwujudkan atas dasar untuk menyatukan kelab-kelab yang beraktivitikan khidmat bakti. Ternyata, lama kelamaan sudah ramai yang boleh menerima untuk berada di bawah naungan CENSERVE. Namun masih ada terasa 'RIVAL' sesama kelab yang mempunyai kumpulan sasar yang sama. Dan kesannya, modul, perancangan kelab tidak akan dikongsikan sama sekali. Ianya seolah-olah 'rahsia negara' yang tidak boleh dibocorkan. Sesiapa yang membocorkannya adalah 'pengkhianat' kelab.
Setelah itu, CENSERVE TEAM (kini Shura Team) di wujudkan. Tidak lain dan tidak bukan adalah semata-mata untuk menyedarkan semua kelab bahawa kita semua adalah satu unit. Kumpulan ini (CENSERVE Team) digabungkan dengan menggunakan komiti daripada pelbagai kelab agar semua mengerti apakah tujuan kelab-kelab ini disatukan di bawah CENSERVE, di mana tugas utama CENSERVE Team adalah untuk memahamkan kesemua kelab bahawasanya, tugas utama kita adalah dakwah. Dalam dakwah, kita wajib bersatu.
Bermacam-macam cara diguna pakai oleh CENSERVE untuk memberitahu bahawa kita semua (14 kelab) ini satu keluarga. Sebuah kelab jatuh, maka semua harus bertanggungjawab dan menghulurkan tangan, bukan sekadar melihat dan menunggu apa yang terjadi kepada kelab tersebut. "Ah, buat apa tolong dia, baik kita jaga kelab kita!"
Kini, fenomena memiliki keahlian yang pelbagai semakin menjadi-jadi. Ini merupakan perkembangan yang positif di mana konsep kekeluargaan dalam CENSERVE betul-betul dipraktikkan oleh ahli CENSERVEIANS. Kalau dahulu, perpindahan kelab sesuatu yang negatif, dan mempunyai keahlian kelab yang banyak dalam satu masa mengundang bahan umpatan dan pandangan negatif dari mana-mana ahli yang komited. Inilah masalah kita pada satu ketika yang kita tidak mahu lagi berlaku di masa akan datang. CENSERVE secara dasarnya mahu melahirkan mereka yang mempunyai pengalaman dalam banyak bidang serta berpengetahuan luas dalam satu-satu isu.
Sekiranya Shura Team mahukan lebih banyak aktiviti yang membentuk kebersamaan antara kita, usahlah kita memandangnya sebagai pemusnah atau pengacau aktiviti kelab masing-masing. Penulis akan menjelaskan situasi ini secara jelas seperti mana yang dimahukan oleh Shura Team selaku ketua perwakilan yang dilantik oleh CENSERVE sendiri dalam menyalurkan maklumat dan perancangan kepada kelab.
Penulis akan menerangkan dalam bentuk situasi seperti mana yang terjadi dalam pegurusan bola sepak. CENSERVE adalah badan induk bola sepak negara iaitu FAM. Shura Team adalah MSL Sd. Bhd. ( atau Barclays di England serta Hyundai di Australia, iaitu badan korporat yang di'assign'kan untuk mengendalikan aktiviti bola sepak). Kelab-kelab di bawah CENSERVE adalah Kelab-kelab Bola Sepak dalam negara.
Situasinya seumpama ini:
FAM menganjurkan liga kebangsaan. Semua kelab bola sepak berdaftar wajib sertainya dan bersaing untuk menjadi yang terbaik. CENSERVE menganjurkan khidmat sosial, maka kelab-kelab haruslah ada almanac untuk menganjurkan program CSR.
MSL Sdn. Bhd. menganjurkan bengkel bola sepak di peringkat global dan menyeluruh bukannya secara spesifik. Syarikat ini juga bertindak dalam mengkormesialkan bola sepak dalam pelbagai sektor. Syarikat ini jugalah berfngsi sebagai penyelaras liga kebangsaan. Shura Team berperanan dengan fungsi yang sama. Mereka bertanggungjawab untuk menganjurkan siri bengkel yang menyeluruh dan tidak spesifikkan kepada 'nature' kelab. Merekalah pemikir kepada CENSERVE, ke mana arah tuju CENSERVE dan bagaimana untuk meng'komersial'kan CENSERVE supaya nampak lebih elegen dan popular di kalangan mahasiswa serta komuniti luar.
Kelab bola sepak ada tugasnya sendiri selain menyertai liga kebangsaan. Mereka begitu fokus kepada kumpulan sasar mereka sendiri. Contoh: Kelantan ada perancangan nya sendiri kerana ahli-ahli penyokong mereka tegar di belakang mereka. Maka, Kelantan akan sedaya upaya untuk mendekatkan pemain-pemain bintang mereka dekat dengan penyokong selain menjalankan CSR ke sekolah-sekolah dan juga di rumah -rumah kebajikan. Kelab-kelab di bawah naungan CENSERVE juga seperti itu. Mereka bukan sahaja memikirkan perancangan yang selari dengan stakeholder iaitu CENSERVE dengan memperbanyakkan program CSR, malahan turut bersaing untuk mendapatkan anugerah kelab terbaik atau projek terbaik.
Kelab-kelab ini juga berupaya untuk merancang dan melatih 'pemain-pemain' mereka serta mendekatkan pemain dengan komuniti serapat yang mungkin. Kelab-kelab juga sedaya-upaya untuk memenuhi undangan daripada Shura Team dalam memberikan imej kelab yang lebih proaktif serta menjaga hubungan yang baik dengan Shura Team. Kelab juga seharusnya memperhalusi perancagan agar tidak bercanggah serta bertindih dengan jadual Shura Team. Fungsi utama kelab adalah fokus kepada kumpulan sasar dan program komuniti, serta bengkel yang lebih spesifik. Manakala Shura Team seperti mana Syarikat Barclays, Hyundai, J-League yang menyelaraskan bengkel bola sepak tempatan dan antarabangsa, melatih jurulatih-jurulatih dan mempromosikan liga, akan memainkan peranan yang sama. Shura Team harus berfikir sepuluh langkah ke hadapan demi meningkatkan lagi kualiti CENSERVE di samping bersama-sama membantu badan induk kita, iaitu CENSERVE.
Inilah perumpamaan yang mampu penulis jelaskan kepada semua CENSERVEIANS agar semua faham dan jelas mengapa ada Shura Team dalam CENSERVE dan mengapa ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama oleh Shura Team. Sesungguhnya, pengurusan kita sudah mantap, sekarang ini Shura Team hanya perlukan sokongan daripada semua ahli gabungan iaitu 14 kelab di bawah CENSERVE. Tanpa kelab, siapalah CENSERVE dan Shura Team. Andalah penentu di mana tahap CENSERVE dan bagaimana Shura Team berfungsi. Wallahua'alam.
Post a Comment