Home » » CENSERVE Menyokong Penubuhan 1M4U Outreach Centre

CENSERVE Menyokong Penubuhan 1M4U Outreach Centre

Written By JPY on Monday, March 04, 2013 | Monday, March 04, 2013




Tanggal 2 Mac lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak berjaya menghadirkan diri ke program Perasmian 1M4U Outreach Centre. Program ini dilancarkan di UiTM Puncak Alam sekitar pukul 10 pagi. CENSERVE turut dijemput dan seramai 20 orang ahli CENSERVE yang terdiri dari beberapa kelab seperti Steadfast, Comrade, Inspire dan yang lain berjaya menghadirkan diri.



Program ini seperti yang dikatakan oleh pengerusi majlis telah berjaya menghimpunkan lebih 10,000 mahasiswa dari pelbagai pusat pengajian awam dan swasta. Di dalam program berkenaan, UIAM turut dihadiri oleh Datuk Prof. Madya Dr. Mizan bin Hitam, Timbalan Rektor (hal Ehwal Pelajar) UIAM dan juga Puan Rektor UIAM, Prof. Datin Paduka Dr. Zaleha Kamaruddin. Perwakilan dari CENSERVE berjaya mengambil gambar kenangan bersama kedua tokoh ini pada akhir program.




Menurut YAB Perdana Menteri, 1M4U Outreach Centre ini akan ditubuhkan di setiap institusi baik awam atau swasta. Bajet awal adalah sebanyak RM5,000 akan diberikan kepada semua pusat 1M4U universiti dan tidak menolak untuk menambahkan lagi sehingga RM10,000 setelah pusat ini berjaya aktif di setiap institusi. Di dalam program berkenaan juga terdapat beberapa pameran dan UIAM melalui projek mendekati orang asal berjaya dipamerkan kepada khalayak.

Share this article :

Post a Comment