Home » » Humanitarian Ekspo Meriah

Humanitarian Ekspo Meriah

Written By JPY on Monday, March 04, 2013 | Monday, March 04, 2013

 

Buat pertama kalinya CENSERVE menganjurkan Humanitarian Ekspo selepas sebelum ini kita telah berjaya mengendalikan humanitarian week. Keunikan ekspo kali ini tersangatlah unggul kerana kesatuan di antara kelab-kelab di bawah naungan CENSERVE begitulah 'sporting' dan padu.

Kerjasama serta kesungguhan Shura Team dalam mengendalikan program ini ternyata memberikan impak yang positif. Semua kelab ternyata puasa hati dan begitu seronok apabila melayan semua kunjungan.

"Boleh di katakan ada penyertaan ahli baru seramai 200 orang!" Begitulah  kata-kata seorang komiti dari kalangan kelab yang menjaga gerai pameran kelab masing-masing saat ditanya secara rambang oleh penulis.

Penulis masih ingat lagi betapa meriahnya saat kelab-kelab mempamerkan modul gerakan dan nyanyian masing-masing di khalayak. Penulis berharap agar ada lagi program seumpama ini dijalankan.
Share this article :

Post a Comment