UIA Gombak, 19 Mei 2010- Barisan pelajar-pelajar yang bergelar abang angkat dan jua kakak angkat berjaya mengharungi kehidupan selama 3 hari 2 malam bersama adik-adik daripada Selama, Perak darul Redzuan. Program ini di jayakan oleh BRIIA Consulting Sdn Bhd dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti UIAM.
Program berupa lawatan sambil belajar ini telah melibatkan beberapa tempat utama di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya adalah Putrajaya, KLCC, TV3, Shah Alam dan juga RTM Angkasapuri. Pelajar-pelajar sekolah rendah ini rata-ratanya datang daripada anak-anak miskin yang bapanya berpendapatan sebanyak RM350 sehinggalah RM 1500 sebulan.
"Pada awalnya mereka berjalan di KLCC, kemudian barulah mereka berjumpa abang angkat dan kakak angkat di UIAM. Saya membuat kerjasama ini adalah supaya adik-adik ini dapat berkongsi pengalaman dengan mereka yuang sudah pun berada di alam menara gading" Beritahu En Jamal yang juga merupakan pengasas kepada BRIIA Consulting ini kepada wartawan.

Satu kepuasan dapat dilihat di wajah-wajah peserta baik pun abang angkat dan juga kakak angkat yang terlibat di dalam program kerjasama ini. Di hati mereka masih ada satu kerinduan dan yang pastinya mereka berharap agar dapat berjumpa lagi dengan adik-adik ini di menara gading akan datang. Menurut satu sumber terdekat program ini akan ada lanjutannya dan abang-abang serta kakak angkat akan di bawa ke Selama untuk berjumpa lagi dengan adik-adik ini. -censerveNews
Post a Comment