Home » » POS TOHOR: EXPLORATION OF LIFE

POS TOHOR: EXPLORATION OF LIFE

Written By CENSERVE on Wednesday, May 26, 2010 | Wednesday, May 26, 2010

Pos Tohor, Negeri Sembilan- Sekumpulan pelajar UIAM yang semuanya mewakili sebuah Kelab Jasa yang begitu aktif dalam menganjurkan program berteraskan khidmat sosial dan masyarakat Orang Asli datang membuat tinjauan di Kampung Pos Tohor, Negeri Sembilan. Tinjauan ini juga diiringi oleh dua orang pegawai daripada Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti (Censerve) dan Bahagian Pembangunan Pelajar (S-DEV) iaitu saudara Razali bin Sudin dan En Amer Haji Omar.

Kedatangan mereka pada kali ini di sambut mesra oleh Tok Batin Kampung Pos Tohor iaitu Batin Apek. Segala perbincangan dan pemberitahuan berjaya di terangkan kepada Tok Batin ini dengan jayanya. Anatara intipati perbincangan adalah dari sudut penginapan peserta, persediaan orang kampung dalam aktiviti yang akan di jalankan nanti dan persetujuan Tok Batin dalam membenarkan kemasukan pelajar-pelajar ke kampung tersebut.
 Peserta peninjau bergambar Tok Batin Apek yang duduk 3 kari kanan

"Memang sebelum kita masuk ke sesebuah kampung, kita mesti minta kebenaran daripada ketua kampung nya terlebih dahulu, dan itu yang kami lakukan bagi menyempurnakan misi dakwah kami ini. Oleh kerana kampung ini rata-ratanya bukan penganut Islam, maka kami rasa terpanggil untuk kembali menonjolkan bahawa Islam adalah agama yang bagus dan baik." terang Saudara Ali Isa, merupakan senior Jasa yang turut menyertai tinjaun kali ini.

"Walaupun begitu, oleh kerana perkataan Islam dan Dakwah adalah sensitif di sini, maka kami mengambil pendekatan ukhuwwah atau lebih kepada mesra alam, dan yang paling pasti 'dakwah' kita kali ini lebih tersembunyi di dalam akhlak-akhlak yang baik datangnya daripada peserta-peserta kita nanti, insyAllah." Jelasnya lagi.

Program yang di namakan sebagai "Exploration of Life" ini mendapat penjanaan kewangan daripada Censerve tersendiri. Ianya akan di jalankan pada 28 hinggalah 30 Mei 2010. Dengan anggaran peserta seramai 40 orang, di harap ianya berjaya mencapai misi dan objektif nya. -censerveNEWS
Share this article :

Post a Comment