Orang
bertanya kenapa saya terlalu 'obsess' dengan CENSERVE, pusat yang sudah
saya terajui selama 17 tahun. Oh, tidak. Saya hanya ingin menukar
sikap anak muda yang obsess dengan cerita korea, 'social media',
aktiviti gila-gila kepada kerja yang lebih mulia. Semua itu hanya untuk
khidmat diri, dan saya maengajak mereka untuk khidmat masyarakat.
Hidup ini kosong dan ia perlu dimaknakan. Mati itu pasti dan ia perlu diperbekalkan.
Alhamdulillah ramai yang menyahutnya dan kini mereka bertebaran di
bumi Allah menyebarkan risalah suci hidup beragama, berakal dan berbudi
bagi memartabatkan ummah agar tidak dipandang lemah.
Di CENSERVE mereka diasuh menggilap potensi diri, dan keluar memacu
kejayaan tetapi tidak lupa rumput di bumi. Tiada yang istimewa di
CENSERVE, kecuali sebuah ruang kecil yang diisi dan dikunjungi oleh
insan-insan berjiwa besar. Pejabat pun masih menggunakan kipas,
mesyuarat beralaskan tikar tetapi mereka yang cukup tawadhu' ini mampu
mengendalikan 20 projek besar yang dengan lebih 400 program tahun lepas.
Mereka faham dengan konsep "Hidup biar berjasa, mati biar
beriman. Berfikir biar berlmu, berbicara biar berbahasa, bergaul biar
beradab, berakal biar berakhlak.
Yang miskin usah dihina, yang kaya usah disanjung. Yang lemah usah dipijak, yang berkuasa usah dijulang.
Taburkanlah budi dan kasih sayang di setiap perhentian sebelum tibanya kita di perhentian yang abadi."
Saya amat menyayangi mereka kerana Allah swt. Sudah tentu suasana
begini tidak akan ditemui lagi selepas ini dan akhirnya semua hanya akan
tinggal kenangan.
- Ibu Martinelli Hashim, Ketua CENSERVE
Post a Comment