Hari jumaat yang jatuh pada hari ini adalah hari terakhir buat rakan kita, saudara Mohamad Afham Ibnu Jumat. Dikhabarkan beliau terjatuh di bilik air, dan terhantuk di dinding menjadi sebab musabab kembalinya beliau kepada Maha Pencipta yakni Allah yang Maha Esa.
Menurut sumber-sumber daripada rakan-rakan UIAM, beliau aktif di UIAM, seorang yang bercita-cita ingin menjadi askar dan seorang yang berjiwa besar baik dalam percakapannya dan tingkah lakunya. Sama-sama lah kita berdoa dan membacakan al-fatihah untuk beliau. Semoga roh arwah dicucuri limpahan rahmat, dan arwah ditempatkan di kalangan para solehin.
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan
kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua
akan dikembalikan." (al-Anbiyaa, 35)
Ini adalah sebahagian kenalan-kenalan beliau yang turut sama mendoakan kesejahteraan arwah di alam barzakh.
Post a Comment