Pada tahun 2013 ini menyaksikan beberapa perubahan yang memudahkan para CENSERVEIANS untuk berurusan dengan CENSERVE. Untuk makluman semua, laman web rasmi CENSERVE iaitu http://iium.edu.my/censerve atau kalian boleh mengaksesnya di SINI kini bersedia untuk mengemaskinikan sebarang pengeluaran surat kebenaran program.
Seperti mana prosedur biasa, surat kebenaran program ini (approval letter of programme) akan didapati apabila kertas kerja program siap diproses. Namun begitu, sekiranya berlangsung sesuatu program, serta memungkinkan kakitangan CENSERVE tiada di pejabat, surat berkenaan tidak dapat dicetak dalam masa yang terdekat. Situasi ini nanti membuatkan para CENSERVEIANS terpaksa berulang-alik dengan sia-sia lantaran tidak tahu bilakah akan keluarnya surat tersebut.
Bagaimana pun, pembaharuan ini bukanlah menjamin satu-satu surat itu berjaya dicetak dengan lebih pantas, namun ianya bakal memudahkan para CENSERVEIANS memeriksa terlebih dahulu sama ada program mereka sudah di 'approve' atau belum. Sistem ini hanya memaparkan senarai nama program yang telah diluluskan dan sudah pun dicetak. Dengan ini, pelajar akan terus berjumpa dengan abang Din (En. Zainuddin) untuk mengambil surat berkenaan, sekiranya abang Din tiada di pejabat, kalian boleh memintanya dengan kakitangan yang lain.
Di bawah ini, dinyatakan cara-cara memeriksa 'approval letter' kalian yang telah dicetak dan diluluskan. Harap maklum.
Bukan laman web rasmi CENSERVE di http://iium.edu.my/censerve |
Di halaman utama sudah disediakan ruangan 'approval letter'. Mohon diklikkan ruangan tersebut |
Inilah rupanya bahagian dalaman 'approval letter'. Jangan malu untuk membuka halaman kelab anda untuk melihat program-program yang sudah diluluskan. |
Dengan kemudahan ini, diharap para CENSERVEIANS mampu untuk menjenguk halaman rasmi CENSERVE serta memudahkan semua pihak. Sebarang cadangan, idea, atau pun komen boleh lah di hantar kepada kami di email: censerveiium@gmail.com, atau terus ke ruangan Contact US kami atau terus sahaja ke pejabat kami di Centre for University Social Responsibility (CENSERVE), level 2, Main Auditorium building,
Post a Comment