Home » » Shura Team Bersemangat Satukan 14 Kelab

Shura Team Bersemangat Satukan 14 Kelab

Written By JPY on Friday, February 01, 2013 | Friday, February 01, 2013

Bermula 30 Januari 2013, Student Shura Team, CENSERVE UIAM begitu bersemangat mengadakan mesyuarat serta berinduksi sesama komiti. Ini bagi memudahkan para komiti shura faham dengan konsep atau jobskop masing-masing sebelum bermula semester baru ini.

Hari esoknya, iaitu pada 31 Januari pula, kesemua perwakilan kelab berkumpul di Mini Auditorium, UIAM untuk berkumpul dengan Shura Team. Sebanyak 13 kelab berjaya dikumpulkan, manakala kelab Misi malangnya tidak dapat menghantar wakil mereka kerana faktor sukar mendapat tiket penerbangan lebih awal. 

Abang Zain memberikan penjelasan


Selaku wakil kakitangan CENSERVE, encik Mohd Khairulzain Abd Rahman atau Abang Zain datang untuk berkongsi situasi semasa CENSERVE kepada umum dan memberikan beberapa cadangan yang sesuai diambil oleh para pimpinan kelab. Abang Zain juga menjelaskan perihal masalah kewangan yang tertunggak di Bahgaian Kewangan Universiti yang sehinggi kini hampir RM70K masih tidak dipulangkan kepada kelab.






"Oleh kerana faktor itulah, kita mengambil langkah untuk tidak membenarkan kelab menjalankan program pada bulan februari. Kita mahu menyelesaikan dulu masalah kewangan ini. Sebenarnya kita ada duit untuk run activity, tapi apabila tersangkut seperti ini, Kelab nak guna duit mana lagi untuk menjalankan program?" jelas beliau dalam sesi pencerahan semalam.

Buletin CENSERVE mengucapkan tahniah kepada barisan Shura Team yang baru kerana benar-benar memainkan peranan semasa CENSERVE kehilangan ibu yang sebelum ini menjadi tunjang kepada CENSERVE. Barisan shura kali ini mampu untuk membentuk kumpulan CENSERVE Team yang mantap di mana semua kelab bersedia untuk bersatu bersama Shura Team di dalam beberapa program yang dirancang.


Share this article :

+ comments + 2 comments

February 1, 2013 at 12:04 PM

Febuari ke januari wahai penulis..

February 1, 2013 at 1:04 PM

Maaf Muhammad Farhan... hahahhahahah macam mana buleh ke Februari pulak....

Post a Comment