Home » , » CENSERVE di Dalam Sukan antara Jabatan UIAM

CENSERVE di Dalam Sukan antara Jabatan UIAM

Written By JPY on Wednesday, March 27, 2013 | Wednesday, March 27, 2013

Tahukah anda CENSERVE turut terlibat dalam pertandingan sukan antara Jabatan di UIAM? Sukan Ping Pong dan Boling sahaja yang disertai CENSERVE di mana acara Ping Pong menyaksikan CENSERVE yang mewakili Pejabat Hal Ehwal Pelajar (STAD) kalah dalam semua perlawanan.


Acara perseorangan diwakili oleh Abang Khairulzain manakala acara beregu pula menyaksikan gandingan bidan terjun iaitu saudara Razali dan Abang Khairulzain. Abang Khairulzain kalah 2 perlawanan dan menang 1 perlawanan manakala acara beregu pula kalah kesemua 3 perlawanan. 

Walaupun keputusan agak tidak memuaskan, namun dengan latihan yang tidak mencukupi serta kekuatan pihak lawan yang ada di antara mereka merupakan pemain-pemain UIAM kategori kakitangan, penulis beranggapan semangat melawan tetap ada. Ini terbukti di dalam persaingan dalam acara beregu. 

Dari kiri: Abang Khairulzain, Lotfi Amir (tarik diri gara-gara demam) dan Penulis

Gandingan Razali serta Abang Khairulzain berjaya memberikan saingan di dalam perlawanan ke-3 menentang regu dari UIAM Kuantan. Perlawanan pada asalnya memihak kepada CENSERVE setelah berjaya mendahului 2-0 (menang kedua-dua set). Set ke tiga pula memihak kepada wakil Kuantan seterusnya memaksa perlawanan disambung untuk set ke-4. Sekiranya CENSERVE memenangi set ke-3 tadi, sudah pasti CENSERVE memperolehi 3 mata seterusnya memnangi perlawanan ke-3 ini, namun kesilapan demi kesilapan berlaku sehingga perlawanan berlangsung selama 5 set. Dan CENSERVE kalah 2-3 kepada wakil Kuantan.  

Boling pula akan berlangsung pada hari ahad ini di Selayang Mall. Penulis dan abang Din sahaja daripada CENSERVE untuk bersama-sama dengan rakan-rakan kakitangan daripada STAD dalam acara ini. Kepada semua CENSERVEIANS doakan kemenangan kami (kemenangan STAD) dan kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan, silalah bersama kami nanti di Selayang Mall, Ahad ini, 31 Mac 2013. Jangan lupa tau!

ganmbar: Sobirah Jamilah
Share this article :

Post a Comment