Home » , » 'Leadership & Spiritual Camp' (LEADS 2013) Akan Tiba

'Leadership & Spiritual Camp' (LEADS 2013) Akan Tiba

Written By CENSERVE on Thursday, March 28, 2013 | Thursday, March 28, 2013

Telah disahkan bahwa Program Kepimpinan CENSERVE untuk tahun 2013 bakal diadakan di Kem Penor, Pekan, Pahang. Program ini telah ditetapkan untuk dilaksanakan pada 12-14 April ini dengan penglibatan lebih 100 orang. Sebelum ini, program ini dikenali sebagai Strategic Planning Workshop atau McSERVE semasa di bawah kendalian ibu Martinelli Hashim.



Pada tahun 2013 ini menyaksikan banyak perubahan berlaku. Ustaz Hamidon atau Dato' Hamidon mengambil alih pengurusan CENSERVE setelah universiti melakukan pertukaran para kakitangan pada Januari yang lalu. Bagi meneruskan program kepimpinan yang dianjurkan oleh CENSERVE setiap tahun, maka pendekatan baru digunakan. Program yang lebih bersifat perkhemahan dan kem ibadah ini menjadi pilihan Pengarah CENSERVE dalam melahirkan generasi sukarelawan Islam yang mantap rohani dan jasmaninya.

CENSERVE Leadership & Spiritual Camp 2013 atau bakal menggunakan nama pendeknya iaitu CENSERVE LEADS 2013 akan memberikan pengalaman baru kepada semua barisan komiti tertinggi kelab di bawah naungan CENSERVE. CENSERVE menjemput seramai 7 orang setiap kelab dengan syarat mestilah daripada Presiden sehinggalah ke komiti-komiti yang terpilih manakala 5 orang komiti setiap kelab dari Kampus Kuantan. Program ini juga akan disertai oleh barisan komiti sukarelawan yang akan membantu memasak dan menyediakan khemah utama.

Di antara barang-barang yang harus dibawa oleh setiap peserta adalah:
  • Barangan kebersihan sendiri (berus gigi, ubat gigi, sabun, tuala dll)
  • Ubat-ubatan sendiri (terutamanya yang ada menghidap sebarang penyakit). Kami hanya membawa ubata-ubatan umum sahaja (first aid kit).
  • Pakaian sukan. (T-Shirt, seluar track dan berkasut)
  • Pakaian solat (telekung, baju melayu, jubah dan sejadah)
  • Dokumen kelab (Balance scorecard, strategic planning, dan plan of action). Ini semua haruslah dalam Hard Copy dan Soft Copy.
  • Lampu suluh
  • AlQuran bersaiz kecil, buku al-Mathurat & Yaasin
  • Bawa laptop.
  • Bawa buku nota untuk menulis.
  • Sleeping bag jangan dilupa.
  • Sila bawa cawan (mug) sendiri
Kita akan tidur di dalam khemah, dan khemah ini memang akan dibawa oleh komiti. Khemah utama akan dipasang oleh sukarelawan yang membantu manakala khemah para peserta akan dipasang sendiri oleh peserta. Ingat, kali ini kita menggunakan konsep Perkhemahan, jadi anda semua diharapkan dapat memahami konsep ini. Untuk butiran lanjut silalah datang ke pejabat CENSERVE, ya?
Share this article :

Post a Comment