Alhamdulillah, Training of Trainers (ToT) untuk tahun ini telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berlangsung selama 3 hari
bermula pada hari Sabtu (26 Januari) sehingga Isnin (28 Januari).
Tahniah kepada semua yang telah mengorbankan sedikit masa bercuti
semester untuk menjayakan program ini.
Training of Trainers merupakan program pertama AKHI setiap tahun dan
pesertanya terdiri daripada barisan pimpinan baru AKHI (trainer) untuk
sesi 2012/2013. Hari pertama program ini diadakan di UIA sebelum
bergerak keesokan paginya ke Ancasa All Suites, Port Dickson.
Hari pertama dimulakan dengan sesi pembentangan/motivasi oleh saudara
Presiden AKHI, Fadzly dengan tajuk `Leader of Today` sebelum disambung
sesi Group Dynamic `Communicate Better` oleh Naib Presiden 1 AKHI,
saudara Hadi. Kemudian, aktiviti bersambung dengan taklimat tentang
Balance Scorecard, Key Performance Index (KPI) dan Almanac oleh saudari
Naib Presiden 2 AKHI, Nur Syuhada.
Setibanya di Port Dickson, program disambung dengan brainstorm balance
scorecard, beberapa lagi modul Group Dynamic, dan lain-lain sehingga
selesai program.
Apa yang menariknya tentang ToT kali ini, setiap trainer AKHI diberikan
masa selama 15 minit seorang untuk memberikan pidato/motivational talk
sepanjang program. Perkara ini amat membantu para trainer AKHI untuk
mengasah bakat berpidato dan sekaligus membantu menambah keyakinan untuk
bercakap di hadapan. Alhamdulillah, semua trainer AKHI berjaya
memberikan pidato mereka dengan penuh bersemangat !
Post a Comment