Home » » Sendi Family Gathering Mantap

Sendi Family Gathering Mantap

Written By JPY on Monday, March 04, 2013 | Monday, March 04, 2013

Pada 15hb Februari yang lepas iaitu pada hari Jumaat, Kelab Sendi telah mengadakan Sendi Family Gathering yang bertujuan untuk mengumpul ahli ahli senior dan junior Sendi untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain, sekali gus memperkenalkan dengan lebih lanjut latar belakang dan perancangan tahunan Kelab Sendi kepada ahli ahlinya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhwah diantara ahli ahli Sendi bagi menaikkan semangat kerjasama diantara mereka. 
 
http://2.bp.blogspot.com/-D9v1XsuMQmo/UShVed8_bVI/AAAAAAAABpc/MwPejQRJvW4/s320/20130215_215249.jpg
Majlis dimulakan dengan ucapan kata kata aluan pembukaan majlis oleh Bro. Zaki dan Sis. Emma selaku pengacara majlis dan bacaan doa oleh Bro. Faiz. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Presiden Kelab Sendi, Bro. Firdaus Yahya yang menerangkan secara terperinci mengenai sejarah Kelab Sendi, kelebihan menyertai program kemanusiaan ini seperti dapat mencungkil bakat menjadi seorang pemimpin disamping dapat mengumpul starpoint dan sijil dari pihak Censerve yang amat berguna di alam pekerjaan nanti. 


http://4.bp.blogspot.com/-Iw7GObGJsuk/UShWF84NjWI/AAAAAAAABps/NmKD0_VzSvU/s320/20130215_215105.jpg

Selain itu, Bro Firdaus turut memperkenalkan ahli Management Board Kelab Sendi bagi tahun 2012/2013 dan berharap agar ahli ahli Sendi dapat terus berbakti kepada masyarakat.


http://4.bp.blogspot.com/-QwaNwZtIRaM/UShWKtKq9mI/AAAAAAAABp0/Paj0YsmTDDc/s320/20130215_215115.jpg

Seterusnya, ahli ahli Sendi diminta untuk berkumpul mengikut biro yang telah dipilih dan Ketua biro akan menerangkan job scope biro tersebut dan mengadakan sesi taaruf bersama ahli barunya. Sebelum menutup majlis, tidak terlepas daripada acara cabutan bertuah yang sering dinanti nanti oleh para tetamu yang datang.
Share this article :

Post a Comment