Home » » SHURA Team Naik Taraf Menjadi Kelab?

SHURA Team Naik Taraf Menjadi Kelab?

Written By JPY on Friday, March 15, 2013 | Friday, March 15, 2013

Semalam (14 Mac 2013), buat pertama kalinya Shura Team bermesyuarat bersama Pengarah baru CENSERVE, Dato' Hamidon Abd Hamid. Mesyuarat ini direncanakan kerana beberapa perkara timbul selepas kontroversi nama Shura Team yang hanya ditubuhkan tanpa apa-apa dokumentasi. Perkara ini ditimbulkan bagi mengelak sebarang perkara yang berbangkit serta cadangan daripada pihak atasan UIAM dalam mengukuhkan lagi struktur kelab atau persatuan.


Di dalam perbincangan ini, rata-rata Shura Team bersetuju untuk bersama-sama menjadi sebuah kelab yang sah, bukan lagi seperti 'support group' sebagaimana ianya tertubuh pada asalnya. Sehubungan  dengan itu juga, fungsi kelab ini turut berubah di mana kelab ini tidak lagi mewakili semua kelab bahkan kini menjadi sama taraf dengan kelab-kelab yang lain. Namun begitu, mereka tetap istimewa. Mengapa?

Kelab ini belum dinamakan lagi (masih dalam pencarian). Fungsi mereka kali ini lebih kepada menyediakan platform kepada para senior dalam kelab-kelab lain untuk turun berbakti di lapangan yang berbeza. Program tetapan kelab ini adalah penyediaan latihan kepada para senior yang ingin berbakti lagi, pencetus jaringan dengan universiti atau agensi luar di dalam negara atau luar negara serta fokus dalam membangunkan projek misi antarabangsa.

Di sinilah medium untuk para bekas presiden, bekas komiti dan bekas ahli yang aktif yang sudah berpengalaman minimun 2 tahun  dalam khidmat masyarakat melalui kelab-kelab di bawah naungan CENSERVE. Pendaftaran akan dibuka setiap tahun dan sesiapa sahaja daripada lapangan yang berbeza di galakkan untuk mendaftar sebagai ahli kelab ini. Manakala, CENSERVE pula akan bertindak dalam menganjurkan program-program penyatuan seluruh kelab dengan dibantu oleh para ahli CENSERVEIANS. Ahli shura kita kali ini adalah terdiri daripada presiden-presiden Kelab itu sendiri untuk tujuan perbincangan dan persepakatan bersama di dalam isu-isu semasa kelab khasnya dan UIAM amnya.
Share this article :

Post a Comment